Artikel kali ini saya ingin memperkenalkan lagi sejenis buah nadir yang semakin hari semakin dilupai. Jambu Bol atau Eugenia malaccensis sejenis buah yang dahulunya banyak ditanam di halaman rumah atau di kebun-kebun kecil. Pokok buah ini besar dan daunnya juga lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter. Pokok ini dikatakan boleh berbunga dan berbuah beberapa kali setahun. Bunganya yang bewarna merah jambu ini memang menarik sekali jika dilihat.
Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Ada yang menggelarkannya jambu susu. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.
Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah. Ada juga orang yang menjadikan buah ini sebagai jus minuman. Daunnya juga dikatakan boleh dibuat ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap apabila dimakan.
Selain buahnnya dimakan secara terus atau segar, daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah. Sejauh mana ia masih diamalkan saya sendiri pun tidak tahu..
Jika anda di luar sana masih mempunyai pokok ini di halaman rumah atau biasa makan buah ini sewaktu zaman budak-budak dahulu, diharap dapatlah berkongsikan cerita anda di sini.

Buah jambu bol ni lebih mudah rasanya untuk dapt di Sabah banding dengan Semenanjung Malaysia.
salam. sebelah utara buah jambu ni dikenali dgn nama jambu bola atau jambu keling.rasanya masam manis.buah yg besar apabila masak berwarna putih merah dan yg kecil berwarna merah.buah yg masak selalunya terdapat ulat ,jadi sebelum makan kena periksa dulu akan kehadiran ulat dalam buah, tp kalu termakan pun tak apa bknnya haram.
dah lama tak jumpa jambu bol. dulu masa kecik merasalah jugak makan jambu ni dari rumah jiran.
jambu bol dengan jambu botol dalan satu family yang sama tak? jambu botol warna putih, lebih masam dan bersaiz lebih besar.
Buah jambu susu yang hampir masak juga boleh dibuat jeruk. Di Kuala Kurau, banyak terdapat pokok jambu bol dan jambu susu ni..
teringat masa bebudak dulu, kalau buah jambu bol ni tiada buah, pucuknya pun sedap diratah bersama garam, kelat masam, agaknya kerana itu lah semasa bebudak tak pernah le kena sakit mulut ,sakit tekak atau sakit lidah.
Di rumah mak saya masih ada pokok ini. Sy syor pd mak tanam lagi utk elak kepupusan. Sy suka jambu bol ni. Kalau musim berbunga lg cantik…bila dah berguguran tu pink je warna tanah…rasanya sedap, manis…kalau tak berapa ranum ada rasa kelat2 sikit. Tupai, monyet, beruk, lalat buah suka sgt…kalau tak halau tak dpt makan la alamatnya tuan tanah…! Susah nak jumpa org jual di tepi jln @ pasar. Kalau mengidam tu…takut kempunan je…Masa dlm pantang pun sy makan jambu bol sebab masa tu musim…syokkkk…
kat tempat saya, Terengganu org panggil jambu ni jambu keling. di Kelantan banyak terdapat jambu ni, dipasar siti khatijah dan di pasar ketereh.
Salam. Dulu depan rumah ada pokok jambu ni. Tak tau pulak org panggil jambu bol sebab kami panggil jambu agung. Masa saya sekolah rendah mmg suka sangat panjat pokok jambu nih. Asal jer musim kt atas pokok tu la tpt saya lepas abis waktu sekolah. Suka kumpul dan bagi kt kengkawan sekolah.
Buah ni kalau belum matang hijau muda/putih rasa masam kelat. Tapi kalau dh matang rasa manis dan berbau harum.
Pucuk boleh buat ulam? Boleh cuba ni! Berapa lama baru pokok ni berbuah?. Saya tanam dah hampir 2 tahun di laman rumah teres ni.
sekarang ni susah nak jumpa jambu bol lagi.pertama kali saya perkenalkan kepada adik adik saya, mereka terperanjat apabila kunyahan sampai ke biji jambu, fuyoooo…besarnyaaa! 🙂 berhari-hari bercerita tentang biji jambu bol.
Salam semua. Teringat pasal jambul bol/keling ni, smasa kecik2 dulu nak panjat pokok nya yg besar tumbuh betul-betul tepi sawah kat Kuala Kurau. Tapi malang tak dapat panjat krana batang pokok yg besar . Kawan2 cuba membantu dgn menarik dahan yg rendah terjuntai & saya berpaut pada nya. Kawan2 terlepas dahan tersebut dan sya terpelanting kedalam sawah… bedebushhh….. basah & kawan2 tergelak berdekah-dekah. ha..ha…ha…
man…jambu ni blh buat jeruk???blh tak bg tau caranya…sbb kat umah sy bnyk sgt jambu ni…kdg2 buang gtu jer…biasanya mkn dgn kicap n belacan jer.. : )..tp di kg sy di bt rakit, trg..org pggil jambu dol ni jambu tawi..yg pasti nya jmbu ni memg sedap..isi nyer lembut…
buag jambu ini memang dulunya banyak disabah, tapi sekarang dah kurang dan jarang nampak. masa kecik2 dulu kita orang suka sangat makan dengan garam, sambal asam kicap atau gitu ja. Ada satu lagi buah jambu yang sebegini. Kami panggil jambu merah. ciri2nya sama tapi bentuknya besar dibelah bawah dan mengecil ditangkainya. rasanya masam manis dan warna merah dan bila masak betul jadi merah pekat dan agak manis. tapi buat masa ini belum musim lagi.
Saya kurang mengemari buah jambu ini kerana rasanya yang agak kelat, tetapi kalau buat rojak memang best. Jangan guna buah yang ranum kerana biasanya ia berulat.
Wah lamanya tak makan buah jambu ni
Dulu waktu kecik dulu selalu jugak dapat makan. Ada sesiapa tahu tak kat mana nak dapatkan buah ni? Rasa dia mmg sedap..masam manis. Warna merah buah dia pun cantik..
kecur air liur tgk buah ni…trigat zaman budk2 dlu…
di tempat sy kat perlis dipanggil jambu keling…masam rasanya….
Salam semua..
Sesiapa yang nak kenal pokok jambul bol dan rasa buahnya datanglah ke TPU,UPM. sekarang belum musim buah lagi…. kalau ada rezeki musimnya, sampai bersepah di tanah tak termakan….
ni ore kg ambo panggil jambu kayu..bau wangi,rasa kelat2 manis kalu yg x berapa masak.pucuk wat ulam
Oh..lama dah…bertahun2 tak pernah jumpa buah ni…
kat ipoh..buah ni dah takda…kat kpg pun tak jumpa dah
Salam,
Encik Bai, bilakah musim buah ini di UPM? saya teringin hendak merasainya. Harap berbuah lah, sebelum bersalin nanti..
kebanyakan semua orang kat sini menyatakan pucuk jambu ni sedap di buat ulam kan. tapi saya lebih sukakan bunganya yang masam tu untuk di buat ulam, baik untuk ubat darah tinggi. masa kecik2 dulu, saya akan petik bunganya dan di mkan begitu shj….
sapa -sapa ada anak benih jambu bol ni kasi lah kat saya
.. buah yang besar bolih sampai 7 cm .. biji nya satu dan agak besar (bulat menyerupai guli ..) .. biasanya buah tumbuh dalam satu gugusan yang agak rapat, pada dahan dan batang, ada yang besar dan ada yang kecil, tak sekata dengan saiz d antaranya .. dan yang dah masak ranum memang selalu ada ulat ..
.. masa peringkat bunga, banyak burung2 yang tertarik pada nektar jambu bol .. akan rioh rendah bunyi burung2 d atas pokok jambu ini >> burung kelicap, merbah, burung kuning, kelicap gajah (saiz besar dari kelicap biasa) barau (jarang kelihatan lagi d tempat saya .. dah pupus mungkin) dan macam2 jenis burung lagi .. juga lebah madu, kumbang dan pelbagai jenis serangga yang makan nektar ..
wah buah ini sudah jarang di indonesia, dahulu masih banyak tumbuh didepan rumah. sekarang masih ada yang jual tapi harganya juga expensive
Haha….Mmg sy tau sgt2 buah ni.Kat kampung sy-Gemencheh,Negeri Sembilan, ia dipanggil sbg ‘Jambu Tetek’ (lucah sikit namanya.hehe…).Apa yg menariknya ialah ketika pokoknya sedang berbunga (memasuki musim berbuah), pokoknya kelihatan cantik sekali kerana bunganya sendiri mmg cantik berwarna merah jambu.Dan lg satu yg menariknya juga ketika itu, ada sejenis burung yg kami panggil namanya-Kelicap Jantung, akan ‘tiba2’ byk dtg ke situ utk menghisap madu bunga2 pokok Jambu Tetek tu.Maknanya burung kelicap jantung tu semua hanya akan ditemui pd ketika musim itu sahaja.Takde pd waktu2 lain.Pelik dari mana dtgnya burung tu.
Btw,buah jambu tetek mmg sedap dimakan.Sampaikan kami dulu sampai bawak pergi sekolah, makan waktu rehat.
note:Nak tau mcm mana rupanya burung Kelicap Jantung tu, search di Google.
Hmm..Bestnye..kalu kat sarawak ni (sri aman), kami panggil jambu nipo..dulu kat depan rmh adalah pokok jambu ni..bila time musim buah..haduh..terus tubuk blacan, cili n pusuk (ikan bilis)…bagi kicap n gula sikit..pastu colek je buah jambu dgn sambal tadi..sedapnye…
Menarik juga namanya tu.. saya pun baru tahu..
emm. seddap buah ni. time kanak2 je dlu dpt mkan.sekarang carik tak jumpa2. teringat tul rasa dia sampai rini walaupun dah 30 taun tak makan buah ni.
apa yang saya tahu jambu susu atau tetek tu lain tak sama dengan jambu bol..jambu susu lebih besar dan berwarna putih gebu. jambu bol bulat kecil berwarna kemerah-merahan..manakala jambu keling warna merah menyala jika telah masak ranum..
ya…lama betul xnmpk jambu bola/keling ni.ada ssiapa tahu mn sy bleh dpt benih jambu ni n benih jambu susu/jambu botol? boleh sy tanam utk kenalkan pd anak cucu nnt. dulu ms sy mbesar di kulim kedah adalah merasa sb dpn umah ada 2 pokok jambu ni. tp bila da bpindah ke alor setar susah nak jumpa wlupun d psr mlm.
Alhamdulillah. masa pergi MAHA dapat beli 3 anak pokok jambu bol. Buah ni sedap, biasa makan masa kecil kecil dulu.
woi pokok ni dopan gumah den ado kat felda bukit rokan n9. ghaso eh masam-manis kogheh plk tu. tp pokok eh dh kono tobang monyomak jo buah eh xdo sapo nak mkn. lombu pun xnak
salam..blh sy tau spe yg tinggl di kl @ di selngor yg pokok jmbu bol dia tgh b’buah skrg ni? mk sy ada kt teringin nk mkn buah ni tp sy msih x dpt mencri nye shingga hr ni…tlg bls e mel sy ni yer, tk..
Salam…dah hampir 20 tahun aku tak jumpe buah jambu bol ni….dulu masa aku kecik lagi..aku dgn kakak aku memang suka makan jambu bol ni…kat tepi rumah aku ada sepokok pokok ni…pokok memang besar…aku suka makan pucuk daun jambu bol…aku ambik selai pucuk tu…pas tu aku letak garam dan aku simpul macam orang nak makan sirih tu…fuhh..memang best…sekarang ni bila aku balik kampung…memang tak pernah jumpa dah pokok jambu bol…anak-anak aku nak sangat rasa jambu bol ni….tapi tak tau nak cari kat mana…
bila nampak gambar jambu ni tetiba je kecur air liur,,teringat masa kecik2 dulu suka makan jambu ni kt kebun saya,kalau tkde buah kadang2 pucuk dia pun boleh dimakan.di kg saya di perak kami panggil JAMBU KEPAL…
saya ada jual anak pokok jambu nih…sapa nk boleh email ke maznimat@ymail.com..sekitar kedah
salam semua… dah lama saya tak makan buah jambu bol nie… dulu arwah tok saya panggil buah jambu bola.. pernah la rasa masa kecik2 dulu… teringin nak makan lagi… kat mana ada ye.. tima kasih..
buah jambu bol nih memang sedap,kalah buah jambu lain.masa kecik dulu arwah tok saya ada tanam sebatang kt tepi rumah.pokok dia cukup tinggi dan besar.tapi sayang dah ditebang.
Assalam… saya mencari buah jambu bol untuk dibeli… tak dapat byk cikit pun jadi la… untuk isteri mengandung… mengidam nak makan buah nie… sekiranya siapa ada buah jambu bol nie… tolong hubungi saya.. 0176228584 shah…
Teringat masa kecil dulu…makan jambu bol cicah dgn kicap campur cili padi campur gula. Sedap rasanya. Sekarang ni cuma tinggal sepokok saja di kampung.
kat penang panggil jambu keling….bunganya bewarna pink amat cantik sekali…bila masak ranum ia akan bewarna merah kehitaman..rasanya masam2 manis….sedap jika dicecah dgn garam….
@damha – sungguh2 rindu buah ni saya teringin sgt nk mkn buah jambu bol,2
mggu lepas kt expo spore ada pesta makanan kata nya ada jual buah2 tempatan malaysia dan jg diberitau ada
jual jambu bol,
saya pn pergi lh berangan konon nk beli lebeh lh nk
beri pada sape2 nk perkenalkn buah ni pd anak2 muda
sekarang..tapi sayang seribu kali sayang dh habes
kecewa sungguh rasanya.
maafkan saya kalau saya tersilap. gambar pokok di atas macam pokok jambu botol (jambunya besar dan panjang macam botol , berwarna putih).
salam….saya ada jual banyak anak2 pokok…..yg berminat sila emailkan: mismie525@gmail.com….sekitar negeri sarawak…tq..
Salam admin…
saya sgt mengidamkan jambu masa mengandungkan anak sulung tahun 2010…
merata saya cari xjumpa… masa kecik2 dulu saya selalu beli di pasar Dato Keramat, Penang… mmg buah fav saya…
last skali saya terjumpa jambu ni secara kebetulan masa ke Kundasang bulan Feb bru ni… tapi dah terlambat nak memborong sbb perasan jambu terselit dlm celah2 buah2 potong pun lepas kami dah sampai KK 🙁
nak nangis rasa walaupun dapat makan sepotong…
Kt umh sy ade ank pokok ni…klu nk..silalah dtg felda aring 8 gua musang klantan..
Mana nak carik buah ni ek?isteri ngidam…
kat belakang rumah ada pokok jambu ni…kitaorang panggil jambu giper..pokok agak rimbun, bila berbuah nampak cantik sebab banyak tompok pink..sekarang dah lama tak berbuah