Petua Tradisional

petua-tradisional

Tahukah anda, petua apa yang kerap orang ingin tahu? Daripada kajian saya; antara 5 carian tertinggi mengenai “ petua “ yang kerap dicari oleh pengguna di internet ialah seperti berikut;

1.petua kecantikan, 2.petua kempiskan perut, 3.petua kuruskan badan, 4.petua hilangkan jerawat, 5.petua awet muda

Sebenarnya, banyak lagi petua yang orang di luar sana ingin tahu tetapi masih tidak yakin dengan petua-petua orang lama dan kebanyakkannya ingin kesan yang pantas. Akhirnya mereka hanya mengamalkan hanya separuh jalan kemudian berhenti kerana tidak menampakkan kesannya.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegunaan kayu beluru/akar sintok yang banyak digunakan oleh masyarakat negeri Kelantan bagi menyuburkan rambut, membersihkan kepala dan menjadi penawar kepada mereka yang mengalami gatal kulit. Tumbuhan ini merupakan salah satu petua yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi dan telah banyak digunakan oleh pengusaha SPA.

petua-tradisional2

Mungkin anda diluar sana masih mengamalkan, apa-apa petua yang diwarisi oleh orang tua-tua dahulu. Atau anda pernah juga melihat ibu bapa anda ada mengamalkannya di kampung-kampung tetapi tidak diamalkan oleh anda disebabkan anda tinggal di Bandar.
Di harap anda boleh kongsikan apa-apa jenis petua tidak kiralah untuk kecantikan, merawat penyakit, merawat wanita bersalin dan sebagainya.

Number of View :24632

Buah Rambai & Buah Tampoi

buah-tampoi

2 hari lepas saya berkesempatan ke Hulu Langat di atas jemputan kenduri kahwin oleh seorang sahabat. Dah terlanjur ke sana, saya pun menuju ke Sg. Congkak. Dah lama tidak merasai kenikmatan  mandi air sungai. (sampai sana tak sempat mandi pun). Dipendekkan cerita, on the way ke sana, terjumpa orang kampung  jual buah rambai dan buah tampoi.

buah-tampoi2

Sempat juga bertanya kepada makcik yang menjual buah tampoi tu, di mana dia mendapatkan buah tampoi tersebut. Katanya, orang dari Pangsun ( nama tempat yang terletak di kawasan Hulu Langat) yang hantar. Oleh kerana dah tanya, kena lah beli 2 ikat. Walau pun buah tidak berapa molek, dapat jugalah rasa buah tampoi bagi tahun ini. ( kali terakhir makan semasa di Bidor, hujung tahun 2009).

buah-rambai

Tetapi sayang, sebab tidak sempat nak rasa buah rambai. Bukan apa, tidak berapa minat sangat ( sebenarnya malas nak turun beli). Sempat ambil gambar je la sebagai tatapan mata anda..

buah-rambai2

Kepada yang mengidam kedua-dua jenis buah ini, bolehlah pergi ke sana ( selagi stok masih ada). Mungkin di tempat anda buah tampoi ,  buah rambai atau buah-buah lain juga sedang berbuah. Di harap bolehlah dikongsikan di sini. Boleh saya mengadakan lawatan ke sana (kalau sempat la).

Number of View :19225

Pengenalan kepada Herbarium

herbarium
Herbarium adalah merupakan sebuah institusi sokongan utama bagi penyelidikan berasaskan tumbuhan dan menjadi pusat penyimpanan dan rujukan taksonomi spesies-spesies yang menjadi sasaran penyelidikan sesebuah institusi.
Spesimen yang telah diawet dan dicamkan dengan baik menjadi bahan rujukan untuk digunakan sebagai perbandingan kepada sampel tumbuhan yang dibawa ke herbarium untuk dicamkan. Ia juga berperanan sebagai entiti rujukan dan penyelidikan tumbuhan. Spesimen herbarium turut menjadi bahan bukti kepada kaedah penamaan sains dan pengecaman yang digunakan dalam sesebuah penerbitan saintifik.

herbarium1
Pada masa dahulu, herbarium biasanya merujuk kepada koleksi tumbuhan berdasarkan koleksi seseorang pengumpul. la menjadi koleksi penting apabila pengumpul tersebut merupakan ahli taksonomi yang terkenal dan menjadi pengasas kepada rujukan Flora sesuatu kawasan. Koleksi ini kemudiannya digabungkan bersama koleksi para pengumpul yang lain dan hari ini, spesimen-spesimen ini disimpan sebagai sebahagian koleksi herbarium-herbarium yang ternama di dunia.
herbarium2
Herbarium Kepong merupakan herbarium terbesar dan tertua di Malaysia, dipertanggungjawabkan dalam kepakaran dan kefahaman mengenai komuniti tumbuh-tumbuhan mewakili hampir keseluruhan spesies tumbuhan yang terdapat di Malaysia dan kawasan rantau sekitarnya. Ia menyimpan koleksi lama yang bersejarah dan amat berharga serta mewakili spesies yang belum pernah dijumpai, spesies yang jarang dijumpai dan spesies yang hampir pupus di negara ini.
Koleksi Herbarium Kepong dan bahan-bahan rujukan yang tersimpan menjadi nadi tarikan para penyelidik dalam dan luar negara menjalankan penyelidikan sains botani, ekologi, etnobotani, hortikultur, dan landskap.

herbarium3

Herbarium-herbarium yang baru biasanya dibina sebagai sumber rujukan institusi penyelidikan atau universiti-universiti tempatan yang memerlukan sumber tumbuhan tertentu untuk tujuan rujukan di peringkat kebangsaan, pengajaran atau pendidikan.

Number of View :7757

Buah Keriang Dot

keriang-dot1

(Gambar yang anda lihat ini telah disunting dari sumber – internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

Number of View :50807

Pendapat tentang Tumbuhan Herba

Banyak kiriman Email yang saya terima memberi pendapat yang positif tentang tumbuhan herba. Antara pendapat-pendapat tersebut anda boleh baca di bawah ini;

  1. Tumbuhan herba mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana kesan sampingan ubatan modern menyebabkan ramai orang kini menjurus kepada penggunaan ubatan tradisional yang kurang kesan sampingan. Namun, R & D kena dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengidentifikasikan jenis-jenis herba yang mempunyai nilai perubatan kerana orang ramai sememangnya agak kurang pengetahuan tentang semua hal ini.
  2. Tumbuhan herba adalah lebih baik daripada ubat moden walaupun kesan dari penggunaanya agak lambat, tetapi ia tiada kesan sampingan seperti ubatan moden. oleh itu, pendedahan perlu diberikan tentang kaedah penggunaan serta khasiat bagi setiap tumbuhan herba yang boleh digunakan supaya anak muda zaman sekarang boleh mengamalkannya agar tidak luput ditelan zaman.
  3. Tumbuhan herba mempunyai nilai komesial disamping memberi khasiat tetentu bukan setakat pengentahuan secara petua sahaja tetapi hasil kajian secara saintifik perlu dihebahkan kepada masyarakat pengguna melalui kaedah yang sesuai dan berterusan.
  4. Memperbanyakkan lagi maklumat tentang tumbuhan herba yang jarang atau kurang dikenali kerana tumbuhan herba ini mempunyai banyak khasiat dan mempunyai kesan sampingan yang sedikit berbanding dengan ubatan moden.
  5. Penanaman herba ini bagus, dan ianya wajar dikomersialkan disebabkan pada zaman ini, masyarakat muda kurang pendedahan dan tidak minat untuk mempelajari kegunaan dan kebaikan herba. Saya sendiri biasa mendengar nama-nama herba tetapi rupa herba itu sendiri susah untuk dikenali kerana kurang pendedahan. Masyarakat muda (terutama wanita) hari ini juga senang mengambil jalan mudah dengan membeli pil/tablet dipasaran yang diragui bahan2nya. Namun mereka tiada pilihan.

Akhir sekali ada satu kata-kata menarik yang saya terima dari banyak-banyak email tentang herba:

“Seharusnya tanaman herba/ produk herba di tanam secara komersial/ besar-besaran,  jadi macam org cina ada produk sinseh, org india ada ayurvedik, orang melayu ada apa?

Apa pendapat Anda?

Number of View :9207