
Baja adalah bahan semulajadi atau dikilang yang mengandungi satu atau lebih unsur pemakanan tumbuhan yang diberi kepada tanah atau tanaman bagi tujuan memenuhi keperluan tanaman tersebut.
Baja terdiri dari 2 jenis iaitu Organik dan Bukan Organik (Kimia)
Bentuk Fizikal Baja adalah seperti Berbutir,pellet , Debu, Prill dan Cercair (foliar)
Â
Baja Organik
Baja yang dihasilkan daripada asalnya benda hidup seperti haiwan, hidupan seni atau tumbuhan dan kemudian mati dan seterusnya melalui peroses pereputan.
Contoh:
• Kompos
• Baja hijau – Campuran Efektif Mikroorganisma
• Baja najis haiwan (kandang) – reput
• Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian – serbuk tulang, serbuk ikan, POME, dll
Â
Baja Bukan Organik (kimia)
Baja yang dihasilkan daripada kilang melalui peroses kimia, percampuran atau sebatian yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut, Contoh:
• Urea
• CIRP
• Kieserite
• Muriate of Potash (MOP)
• Nitophoska 15:15:15
Â
Faedah Baja Organik
- Meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah – mempercepatkan penguraian bahan organik dan membantu meningkatkan KPK tanah.
- Memperbaiki tekstur dan struktur tanah – membantu perkembangan akar, memperbaiki saliran dan memudahkan kerja penyediaan tanah.
- Meningkatkan KPK tanah – meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang nutrien apabila pembajaan dilakukan
- Memperbaiki pengudaraan tanah – meningkatkan rongga tanah dan memperbaiki tahap penyerapan air dan pengudaraan dalam tanah.




