April 16, 2024

bungakantan

Tentu semua orang kenal bunga apa di atas ni..  Buat laksa kalau tak letak bunga kantan memang kurang enaknya.. Tetapi siapa tahu mana yang keluar dahulu.. bunga kantan dahulu ke.. atau buah kantan dahulu…

bungakantan2

Boleh komen di bawah ini.. Orang lama tentu dah tahu dah..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25481

16 thoughts on “Bunga Kantan vs Buah Kantan

  1. aku rasa buah dulu baru bunga….. betui tak…
    selain daripada penambah bau dan rasa dalam makanan, apa lagi khasiat bunga kantan nie… mudah tak nak tanamnyer… guna biji kantan atau batangnyer….

  2. Pokok yang kami tanam di halaman rumah diambil dari rumah jiran dan dari ibupokok yang diambil berserta dengan rizomnya dan masih berakar-akar dan tanam saja. Bukannya tanam dari biji kantan itu sendiri. Senang ditaman dan kesuburannya bergantung dengan keadaan tanah. Kalau mahu subur lagi bagilah baja tahi ayam kah. suburlah tu.

  3. Mana-mana tumbuhan kalau berbuah mestilah berbunga dulu….kantan ni pun setaraf lah tu…

    Nak tambah sikit…batang yang lembut ( dalam batang pokok) tu pun boleh makan…buat ulam + chili padi atau tumis ikan bilis pun sedap juga….

  4. belakang umah mak saya banyak pokok kantan, kdg tak termakan, kalo saya balik umah emak saya kutip bunga kantan dan bagi2kan dkt kengkawan … sebatang mahal wey …

  5. Kalau pasal bunga dan buah kantan mestilah bunga dulu baru keluar buah kantan. saya tahu sebab saya ada pokok ini di hadapan rumah saya. Sesetengah orang kata buah kantan tu boleh dibuat masak lemak. Sedap…………

  6. saya suka bercucuk tanam tapi memandangkan saya tinggal kat rumah teres terpaksalah tanam dalam pasu. masalahnya kenapa pokok yang saya tanam adakalanya terbantut dan bagaimana cara untuk tanam pokok kantan dalam pasu.

  7. putik dulu la,putik 2 la yg kt boh dlm laksa,pas putik dye jdi bnge kembang mekar,mse 2 x leh boh lam laksa coz x sdp.n bru jdi buah,buah 2 bnyk kegunaan,leh ubat kudis buta or api.kayab pon leh,but mk sye ckp bnge kantan bnyk angin,2 la yg x bes.petua nye kalo nk lakse ad bnge kntn,jgn boh lam kuah lkse but hiris nipis2 n tabur atas lakse,xla sgt angin nye.buah nye 2 bnyk khasiat but sye x tw cm ne nk gne la

  8. Salam. Buah kantan ni sedap kalau buat masak lemak cili api atau ditambah dalam sambal belacan. Kalau kat bandar ni susah nak jumpa. Kekadang bercerita dgn kawan2 ada yang pelik dengar pasal buah kantan ni & ada yang tak percaya wujudnya buah kantan.

  9. sy dpt asgnmt mngenai kantan,sireh n halia.kpd sesapa y tau mengenai kaedah penanaman tumbhn ini,tlg la nyatakn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam