Siapa biasa mendengar buah yang dikenali dengan nama Buah Goncar. Kalau orang sebelah utara menyebutnya buah Goncaq. Buahnya kecil dan sekali pandang seakan buah anggur. Rasanya pula masam-masam manis dan apabila masak ia bertukar bewarna merah. Menurut rujukan, di sesetengah tempat buahnya dibuat masak pedas.
Saya sendiri belum pernah rasa buah ini. Ada yang memberi komen buah ini juga ada dijumpai di kawasan paya bakau. Saya rasa pokok ini masih banyak terdapat dikampung-kampung. Mungkin anda boleh kongsikan sesuatu mengenai buah ini.

Salam, maaf saya tak pernah melihat atau mendengar namanya sebelum ini sungguh unik sekali…
salam.saya berminat untuk mendapatkan benih buah goncar tersebut..selain itu boleh beritahu apa kelebihan dan khasiat buah ini.terima kasih..
Dengak saja buah goncaq……..melelehlah ayak liok saya.Teringat masa kecik dulu selalu saya dudok atas pokok goncaq ditepi bendang kat utara.Makan dengan kicap campuk garam dan cabai maka merecik dan memancut keluak ayak liok kita…..sekian.
Nordin Harun
Salam…Ya..buah goncaq bg orang utara..dulu masa kat kg memang byk buah ni…enaknya di makan begitu saja….tp sekarang dah payah nak jumpa pokok ni..biasanya saya makan mcm tu je lepas penat cari ikan kat bendang sambil kutip buah janggus a.k.a gajus.dari segi khasiat dan resipi saya tak tahu.saya tahu makan je…
A’kum wbt…
Pernah tengok pokok ini di hutan sungai air masin masa zaman remaja tapi tak pernah rasa buahnya dan kalau tak salah, di tempat saya dipanggil pokok beluncaq.
Wasalam.
salam, inilah pertama kali saya mendengar nama dan melihat buah tersebut dilaman web. Tengok buahnye memang terliur dibuatnye pasti sodap, teringin nak rase kalau boleh.
Terima kasih diatas kiriman saudara dapat jugak mengenali tumbuhan-tumbuhan tersebut.
Assallamualaiku,
Buah Goncar, ha..ha… di kampung saya dipanggil buah gucer.. rasa memang masam-masam manis bila dah ranun,
di Kg saya tidaklah menjadi fibret org kg makan buan ini. tak lah seperti di utara makan dengan kicap..
di Kg. saya hanya dok biar burung punai jee makan buah ni. pokok Goncar ini dari kalangan tumbuhah liar.. masa kecik dulu pernah tebang jugak ambik kayu dia buar gasing.
rasia daun Goncar. boleh dijadikan ubat bisa di sengat binatang dan di patuk ular.. tapi ada cara dia nak guna..
nak tahu tak?
pernah nampak buah ni… tapi pokok ni tak pernah…. aritu masa pg penang beli jerok campur ada plak buah ni… adala jugak cubaan nak tanam buah jeruk ni… erm sampai sekarang tak tumbuh… hahahha
macam buah cermai je…saya belum makan lagi buah ni…but good info…
Masa saya kecil dulu tahun 60an buah ini menjadi makanan snek di kampung saya selain beberapa buah yang lain seperti keriang dot, ceremai, keranda, janggus, tebu, cenerai, senduduk dan nyiur muda. Ianya tumbuh di tepi sawah, penggiran kampung dan tebing taliair. Ia memerlukan banyak sumber air. Pokoknya rendang dan batangnya keras serta boleh buat tempat berteduh setelah penat bekerja di sawah.
banyak ada di kampung…tapi baru hari ni tahu yang ianya boleh dimakan..amatlah ruginya sebab tidak digunakan sepenuhnya di zaman kanak kanak dulu…
salam…
masa kecik² dulu pernahlah makan buah ni…rasa nak macam buah cermai…pokok ni ada ditanam sebelah BSN dalam pusat bandar alor setar…sapa yang tanam x tau la pulak…
Salam, ditempat saya memang tidak terdapat pokok ini apa lagi nak memakannya. Terima kasih kerana memberi maklumat tentang pokok ini dapat juga saya menambah pengetahuan.
Salam..masa kecik selalu ronda kg dgn abang2 dan kwn2..memang buah nie sedap rasa masam2..tp masa tu tak tau nama apa..main belasah makan jer..kecik2 mana ambik peduli beracun ke tak..tapi sekarang ni dah pupus kot..sbb kg kat penang nie dah banyak diroboh bikin kondominium..
Belum pernah tengok atau rasa.
x penah dengak lah! rasa pun tak! Kalu dapat rasa laa ni, bagui jugak ye!
salam, kat kelantn, panggil buah gucer, musim banjir mcm sekarang…byk222 . makan cam tu saje pun sedap. masam2. budak2 sekarang dah tak kenal rasanya. bagus dgn info ni
ha’ah la…sekali pandang macam buah cermai…teringin juga nak rasa buah goncar ni….kalau dapat , nak tengok gambar keseluruhan pokoknya….
ish..ish..ish…buah yg menggamit memory nih…zaman2 msh knk2 dlu,pokok ni tempat kami mengintai burung kunyit dan teghebey(lastik) burung yg dok mkn buah guncaq masak..
…….penat x dpt burung,pokok guncaq tu lah kami kerabat(panjat) cari buah yg masak hitam.walaupun buahnya hanya sebesar kepala mancis tp tetap dikutip..
Daunnya,mak sy ramas dlm air mandian kami…katanya bagi mencegah jangkitan demam campak(chiken pox) terutama jika ada ank2 jiran yg dh terkena…
di kg sya perak tengah di panggil kunco buahnya hanya sebesar kepala mancis aja berjambak mmemang sedap juga dimakan biasanya pokok kunco ni tumbuh liar di padangtepiu bendang dlm hutan ,karang ni mana ada lagi,habis kena tebang orang tanam sawit buah kunco mudanya warna hijau bila masak merah kehitramaqn
Dulu banyak di kampung-kampung. Sekarang dah tak ditemui. Kalau ada nak juga tanam di perkarangan rumah. Buah ni kalau putik (hijau) masam, kalau ranum (merah hitam) masam-masam manis. Ada yang buat jeruk. Kanak-kanak suka makan.
Saya tak pernah tenguk n dengar tentang buah ini. Apa khsiatnya dan di kawasan yang macammana pokok ini boleh tumbuh?
buah paling mudah nak jumpa katne erk? time sekolah menengah dulu dapat makan sekali je..tu pun kat rumah sepupu..ni bila tengok balik , poko dah x da..memang masam tapi tu yang disukai tu
assalamualaikum. buah goncaq atau juga dikenali dgn nama buah guce disebelah baling jg kelantan.ttg buahnya tak tahu plak khasiatnya.tapi pucuk muda sedap dibuat ulam.lemak. khasiat ulam ni dapat menghilangkan sakit kepala dan migrain.
Salam. Cerita mengenai buah Goncar. Pada masa dulu memang banyak pokok goncar ini tumbuh di hujung kampung. Buah nya boleh dimakan, rasanya sedap juga. Tapi dahannya sangat liat saperti dahan pokok jangus. Pokok nya tak terlalu tinggi, cuma lebih kurang seakan-akan pokok keriang saja. Semasa saya kecil dahulu, memang suka panjat dan makan buah guncar, tapi ada musin nya. Pokok ini berbuah selalunya di musim timur atau bendang mulai kering.
Kini sudah susah nak cari pokok ini lagi. Kalau ada pun, budak sekarang tak tahu nak makan buah guncar ini lagi. Selalu pokok ini ditebang sebab tiada apa hasilnya dan menyemakkan kampung saja.
Depan rumah saya ada sepohon, ni musim buah, cuma saya dan anak no3 je yg suka makan buah ni. Org lain tak suka takpe, kami boleh makan puas2,,,,, pernah juga orang panggil sbg buah berunai.
website kena serangan malware
Dulu kala pernahlah tengok pokoknya di celah-celah pokok bakau. Tapi tak taupun rupanya buahnya boleh makan. Daunnya serupa macam daun pucuk bebuas.
teringat masa zaman kecik2 dulu..tp kat kg..dia orang panggil pokok kerinci..buah nya halus2 dan berjambak cam lada hitam..bila masak warna bertukar ke merah kehitam-hitaman dan mmg banyak tumbuh di kawsn berhampiran sawah padi..betul2 mengamit memori..bila panjat dan makan buah nihh..kekadang sampai memulas perut…
Buah goncaq! teringat zaman kecik2 dulu mkn dgn garam memang terlior. Tapi pokok tu dah pupus dah la ni. Kalau tak cerita kat sini memang sy dah lupa langsung. T kasih kerana mengingatkan ….nostalgia. Elok ditanam semula unt diperkenalkan pada budak2 zaman siber ni… TQ
Kalau tak silap saya org kampung saya sebelah Negri
Sembilan panggil buah cemperai kot…
Saya rasa buah ni masam-masam sikit dan lidas kalau makan banyak.
di klate ada satu pekan bersempena nama buah ni.iaitu pekan guchil di kuala krai.buah ni manis kalau yang masak la(warna unggu).yang putik masam.
anda memang hebat. banyak hal tentang tumbuhan anda tahu. syabas. sya memang tak pernah lihat. terima kasih maklumat ini.
takdelah hebat mana.. cuma rajin sikit je nak ambil tahu hal ehwal dunia tumbuhan ni.. buku pun banyak di pasaran.. internet pun mcm-mcm boleh cari.. betul tak?
Hamba baru melihat pokok ini, yang ada didaerah indonesia adalah buah cermin, memang ada kemiripan dan rasanya asam.
warna buah kuning saja, baik yang masih muda ataupun buah yang sudah tua.
Untuk melihat gambarnya nanti akan hamba muat di blog hamba : “Sudimampir”, silahkan kunjungi dan komentari.
buah ne mmg mengigatkan sy ttg zaman bdak2.pnat bik mgaji al-quran g cari buah ne…mmg knangan..rasa dia manis masam….tp skrg dkt kg dah x jumpa lg…
As-salam buah ni dulu memang ada byk kat kg2 tapi susah skg nak jumpa….dulu zaman bebudak sekitar tahun 80an buah ni selalu di jumpai di tepi-tepi sawah , selalu du gunakan oleh budak2 utk main buloh letup-letup..so aku panggil buah letup-letup ler….memang sebijik sama. lepas tu dah tak jumpa lagi …sawah pun dah takde, nama lain tak tahu le…kalau dari rupa ini la buahnyer
Buah gucer atau guchil dipanggil di kelantan. Banyak tumbuh di kawasan berair seperti tepi sawah atau parit. Masa kecik dulu suka makan buat jeruk. Tumbuk cili dan garam, masukkan cuka dan buah guchil ni. Biarkan 2~3 hari dan mmmm…. meleleh air liur.
Klu tempat saya di panggil buah guchil. Rasanya masam-masam tetapi klu dah masak (merah hati) rasanya masam manis. Pokok ni banyak tumbuh di tepi-tepi sungai/ bendang. Pucuknya juga jugaboleh dibuat ulam dan rasanya sedikit masam.
Kat kg belah utara nun memang banyak pokok ni..ia tak ditanam sebaliknya tumbuh sendiri kerana biji benih disebar oleh burung..masa kecik2 dulu dok berebut makan buah goncaq ngan burung..sapa cepat dia dapatla..rasanya manis berlemak bagi yang masak ranum dan berwarna maroon. Sedap woo..pucuknya boleh dibuat ulam..sedap..
betul2 menggamit memori zaman kecik2 dulu…. buahnya seperti lada hitam (masa muda). waktu kecik2 dulu balik dari mengaji Quran. saya dan abang akan panjat pokok gucer ni, kunyah buahnya dan mula la menyumpit bijinya menggunakan straw. ada satu kali tu tersalah sumpit sampai masuk dalam telinga adik. apa lagi mengamukla orang tua kat rumah. tapi sekarang dah tak jumpa lagi pokok ni.
salam……ishhhhh apa ni buah goncaq pun tak pernah dengaq….ni kat rumah saya pokok dan buah goncaq banyak…maklumlah dok di kampung…sapa2 yang terin gin nak tengok mailah….saya ni memang suka tanam pokok herba…tambah2 pokok yang semakin pupus semua saya cari balik…kalau boleh nak menghijaukan bumi dan memberi oksigen………..esok2 saya pun teringin nak buat Telok Berangan Fruit Farm……
Kg sy kat perlis
nama Kampung Behor Goncar
banyak la pokok ni
En Damak, Harap dapat hubungi saya (aazainal@yahoo.com) sekiranya pokok buah goncar ini masih ada lagi. Saya nak simpan benihnya. Nastalgia zaman anak-anak dulu.
zainal
masa kecik dulu aku selalu makan buah ni,tua warna merah dah masak warna merah..sedap..manis..
sesapa nk makan buah goncar bleh la call aku… nak amik benih pun bleh…. kat umah aku byk lg pokok ni…. 0124702956
salam sesiapa yg ada benih pokok ni boleh email kepada saya? mr_brown86@ymail.com terima kasih saya ucapkan..
@siti – Pokok ni sudah tiada lg di Behor Goncar.Dulu org x amik kisah dgn pokok ni.Sepatutunya kena pelihara utk masa depan.
Kat kampung saya di Aloq Setaq banyak pokok ni. Kami panggil dia buah Goncaq. Buah dia bila masak warna hitam. Rasa dia masam sikit.