October 9, 2024

lempoyang

Tentu anda biasa mengenali pokok lempoyang ini.  Tahukah anda kegunaan lempoyang ini?  Rizom lempoyang yang masih muda ditumbuk lalu dimasukkan sedikit dalam masakan dan dikatakan rasanya pedas dan pahit sedikit. Rasa pedas ini dapat membuka selera. Air rizom yang ditumbuk juga dikatakan digunakan sebagai tonik dan sebagai ubat sakit perut serta dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat tradisional dan persediaan jamu bagi ibu bersalin semasa dalam pantang.

lempoyang2

Jika anda mengetahui kegunaan lain selain di atas, di harap bolehlah kongsikannya di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :38243

28 thoughts on “Lempoyang

  1. Assallamulaikum,

    hai.. lempoyan lak…x jadi masalah.. kalau daun boleh masuk sebagai bahan nasi ulam/nasi kerabu jika disebelah kelate.. isi lempoyang rasa/bau bagaikan halia.. boleh buat ulam makan nasi cicah ngan budu.. sedap oh… neleh air liur kalau teringat benda ni..

    Rasia Lenpoyan; kalau makan isi mentah bak kata buat ulam cicah budu bagus.. sebagai ubat pejalanan darah , tubuh ahan berasa ringan, mencerahkan mata, baik merika yang hilang selira makan, caranya ambil isi lempoyan belinder , peroh ambil air minum setiap pagi kalau + madu sikit insallah mujarab. baik untuk semua utk diamalkan.
    (aku ni bukan pawang hanya pengalaman bersaing dengan orang tua joh. )

  2. salam,
    saya peminat tumbuhan tradisional dan eksotik ni..saya nak tanya..isi lempoyang ni rasanya sama sebiji macam halia ke?sebab kadang2 saya beli halia muda sangat..mana la tau itu sbnrnya isi lempoyang..jadi saya makn mentah atau masukkan dalam air suam untuk buang angin je..

  3. buat acar, jg best. ketuk skit , bawang merah dimayang, cuka dan gula garam dicampur semuanya. makan dengan nasi, penambah selera.

  4. Salam, saya pernah dimasukkan ke wad kerana dikesan dijangkiti demam denggi. Selama 4 hari ditahan di wad, seseorang telah mengesyorkan saya supaya minum air lempoyang. Setelah mencari dan minum air tersebut, alhamdulillah palette darah saya naik dan keesokannya saya dapat keluar dari wad. Apa yang saya ingin tahu, adakah air lempoyang ini benar2 dpt membantu memulihkan demam denggi?

  5. Pokok herba ni biasa org kampung buat perubatan buat orang lepas bersalin. Kalau tak salah saya kalau makan sebagai ulam dapat menambah selera.

  6. saya selalu makan isi lempoyang.kalau nak makan bior pilih isi yang muda.sesekali rasa macam buah kuini muda. buat ulam cicah dengan budu atau tempoyak.bagi yang belum rasa eloklah cuba dan amalkan.anda akan rasa kesan nya.

  7. kalau tak silap saya itu lengkuas. biasanya kalau di sabah terutamanya kaum bugis langkuas diparut dahulu kemudian di masak dengan ayam. kalau nak makan ‘AYAM MASAK LANGKUAS ‘ datanglah ke Tawau sabah terutama sekali pada waktu hari raya… mesti ada punya.

  8. Lempoyang (di Indonesia disebut lempuyang/ puyang (jawa) bila dicampur dengan cabe jawa ditumbuk diperas boleh untuk obat lesu/ kurang tenaga/ semangat bisa hilang…..

  9. Lempoyang saya kenal sangat cuma sekarang ni pokok tu susah nak dapat. Saya pernah merasai juice pokok lempoyang. ianya kelihatan antara kunyit dan halia. Semasa kecil dulu mak saya selalu tumbuk dan ambil jusnya untuk di berikan kepada saya setiap pagi, diminum sebelum sarapan pagi. Mengikutnya… untuk membuka selera makan dan baik untuk wanita katanya. Tapi rasanya teramatlah pahit.

  10. Setau saya lempoyang ini untuk buang angin dan untuk membuka selera makan. Bagi orang baru bersalin pula dimakan untuk memanaskan badan.

  11. Memang betul, lempoyang ni adalah keluarga ubat-ubatan. Selalunya memang untuk menaikkan selera. Tumbuk, perah dan minum airnya. Baunya kurang menyenangkan. Kalau nak minum kena tutup hidung. Pokoknya lebih kurang halia, tapi warnyanya dan bentuk daunnya lain sikit. Baunya pun berbeza. Selalunya ibu-ibu lepas bersalin disuruh minum airnya. Katanya untuk ubat.

  12. macam halia ye,bagaimana cara mengunakan atau memasaknya,apa rasa ye,ne lah petama kali saya lihat,tapi kalau pegi pasar sah saya kata halia

  13. Buat sambal sedap. Tumbuk cili api,lempoyang,ikan bilis dan masukkan sedikit air asam jawa,lecah-lecah sedikit la,bubuhlah sedikit garam,secukup rasa kerana ada ikan bilis yang agak masin. Bagus untuk membuang angin dan awet muda.

  14. Dalam pantang mak sy mesti sediakan jus lompoyang. Caranya blend isinya, tapiskan. Masak dgn gula batu + garam + asam jawa. Suam2 minum + madu. Memberi tenaga & boleh membayakkan air susu ibu. InsyaAllah…

  15. saya pada mulanya menyangka halia. seorang rakan yang saya temui di hospital memberitahu bahawa lampoyang juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi. mengurangkan kandungan gula. Elok dimakan oleh pengidap kencing manis.Sama-sama lah kita mencubanya. Kat pasar chow kit lampoyang banyak dijual.

  16. saya memang tanam pokok lempoyang ni tapi tak tau khasiatnya, dan satu lagi pokok ni lebihkurang sama dengan pokok bonglai, mmg sama cuma nak bezakan pada bau dia, insyaallah saya akan cuba makan sb nak tau khasiatnya

  17. Lepoyang ni isinya diparut masukkan dlm kain putih dperah, airnya berwarna kuning tu diminum utk hilangkan demam dg pantas. inilah ubat mujarrab y diuna oran tua dulu.

  18. dr sejak kecil saya dah mkn lempoyang.
    selalunya emak akan tumbuk lempoyang yg muda.kemudian perah airnya utk buang pahitnya.seterusnya tumbuk cili kering sedikit,ikan bilis,lada hitam.kemudian perah air asam jawa dan letak secubit garam.
    gaul sebati..kemudian simpan dlm peti sejuk.bila mkn nasi jgn lupa mkn bersama lempoyang td.memang sedap…walau rasanya pahit sedikit..tapi pembuka selera.

  19. Macam mana atau cara terbaik untuk tanam dan biak kan pokok lempoyang ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam