February 7, 2025

Artikel kali ini, aku nak kongsi sedikit kepada mereka yang suka pergi melancong. Tak perlu susah-susah lagi ke travel agency tetapi kini ianya hanya dihujung jari anda sahaja. Semuanya boleh dibuat secara online atau booking secara online. Aku nak share dengan anda semua cara-cara bagaimana nak buat booking online tiket flight dengan harga yang sangat puas hati dan yang penting ianya murah. Ada caranya yang penting kena ada kemahiran untuk booking secara online. Jadi aku nak kongsi sedikit kepada anda semua cari nak dapatkan cheapest flights to Hong Kong guna Traveloka.

So kalau nak dapatkan harga tiket murah, first sekali anda kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Anda boleh pergi kat pautan link https://www.traveloka.com/en-my/emirates terus sebab kat sini anda boleh search flight yang ada contohnya kalau anda nak ke Hong Kong, atau nak buat book emirates flights online, first sekali anda pilih tarikh yang ingin anda ingin rancangkan, dan cadangan aku anda pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu anda akan dapat harga yang best. Pastu anda click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so anda kena search tarikh lain pula. Dia keluar jugak result dari airline lain.. jadi anda boleh bandingkan harga senang je pada satu tempat.

Siapa sebenarnya Emirates Airlines ni kan? Mereka ni famous sebenarnya sebab diorang dari Emirates group and ada sponsor a few club bolasepak gergasi dunia. Mereka asal dari Dubai, UAE and sala satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik. Dia ada 3 jenis class seating iaitu Economy, Business dan first class. Ikut selera dan citarasa anda ingin yang mana satu sebab kesemuanya sangat selesa. Yang penting bajet korang lebih rendah dari sebelum ni.

Di Hong Kong anda boleh pergi ke banyak tempat. Beroperasi seawal 7 pagi sehinggalah lewat malam pada pukul 12 tengah malam, Peak Tram merupakan sebuah pengangkutan penting yang mula diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1888 untuk kemudahan mereka serta yang tinggal di kawasan sekeliling. Namun kini, Peak Tram boleh digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke puncak bukit Victoria Peak. Waktu yang diambil untuk sampai ke puncak hanyalah 7 minit dengan waktu bertolak pada setiap 10 ke 15 minit. Sesudah sampai ke puncak, anda boleh mendapatkan tiket Tram Sky Pass untuk melihat view Hong Kong dari Sky Terrace 428 yang merupakan platform pemerhatian yang tertinggi di Hong Kong.

Sky 100 adalah sebuah dek pemerhatian yang terletak pada tingkat yang ke-100 struktur tertinggi di Hong Kong, the International Commerce Centre (ICC). Terletak pada ketinggian 393 meter dari paras laut, menjadikan Sky 100 sebagai dek pemerhatian indoor yang tertinggi di bandaraya ni. Dari dek ini, anda dan keluarga dapat menikmati view sekeliling Hong Kong dari segenap pelusuk. Terfikir berapa lamalah agaknya naik lif untuk sampai ke tingkat 100 tu? Tak lebih 60 saat pun sebenarnya! Sebabnya, mereka menggunakan lif yang berkelajuan tinggi. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menikmati keindahan Hong Kong melalui aplikasi interaktif mobile Sky100 dan Sky-High Tech Zone yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan juga Virtual Reality (VR).

Mendapat anugerah Guinness Book of Records sebagai persembahan kekal cahaya dan bunyi yang terbesar di dunia, A Symphony Of Lights bukanlah sebuah view biasa yang boleh ditemui di tempat lain. Pertunjukan cahaya laser ini melibatkan 40 buah bangunan-bangunan percakar langit yang terletak di kedua-dua belah pelabuhan. Persembahan multimedia ini sudah bermula sejak dari tahun 2004 lagi di mana bangunan-bangunan penuh gah di kawasan sekitar akan menjadikan langit malam ibarat kanvas untuk limpahan cahaya laser yang penuh warna-warni. Pastikan anda membuat perancangan perjalanan yang teliti untuk datang ke sini kerana persembahan ini hanyalah berjalan selama 10 minit bermula dari pukul 8 malam. Sangat awesome kan sebab ada banyak aktiviti dan tempat yang anda boleh pergi nanti.

Number of View :2680

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam