Belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong dan ada yang menyebutnya sebagai Tampoi Belimbing. Di Semenanjung, ia memang ada ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik. Saya tidak pasti samada di bahagian lain Semenanjung ada di tanam pokok ini ataupun tidak.
Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini sekali. Buahnya rasa masam-masam manis..
Kegunaan lain buah ini saya tidak pasti. Mungkin ia juga ada digunakan dalam masakan seperti buah belimbing buluh. Jika anda pernah melihat atau merasai buah ini diharaplah kongsikan sedikit pengalaman anda…

sekali nampak macam buah nipah atau buah putat sejenis ulaman. ini pendapat saya, kalau salah maaf kerana saya jarang betul jumpa pokok cam ni.
Salam fadli ;Kira saya pokok belimbing hutan tentu lah besar dan sekira nya pokok tersebut dapat di renek(direndahkan) sudah tentu ia nya mejadi rebutan pada penghias taman.
Di tempat saya ( Tuaran Sabah ) buah ini bukan belimbing hutan. Tahu kenapa? Sebab ia boleh digunakan dalam masakan, ia juga boleh dimakan mentah macam buah belimbing yang lain. Kalau mentah rasanya masam tapi kalau masak rasanya masam-masam manis.
salam….buah ni kat sarawak di panggil buah ucong…memang masam2 manis…skarg tgh musim buah ni…
kat tempat saya pun x pgil blimbing ni blimbing hutan tapi belimbing api. isinya putih dan rasa masam manis.
ermmmm…. tgh flash back zmn kecik2 dulu… suka mkn belimbing htn mse kcik2 dulu tpi buahnya tk sama lak mcm dlm gmbr… blmbing htn yg sy mkn dulu buahnya kecik2 je. tumbuh liar di kwsn rmh.. skrg ssh dh nk jmpa… pokok rndh je dlm 30cm.. rsa msm juge… ermm.. tpi tk tau le nama sbnr dia…. jika sy jmpa blh htr gmbr kt sdr fazli utk dianalisis…..
Saya x pasti namanya, tapi pernah lihat dan makan yang seperti itu. Rasa manis. Isi hampir manggis.
salam.tak penah tgk belimbing ni.ni kali prtma sy tgk.apa khasiat dia dlm prubatan tradisional..atau hanya utk mkn bgitu saja.
tqasih, pertama i dgr.
salam ,
First time tengkok buah ini, nampak menarik dan ingin nak rasa jugak.
Satu info yg sangat bagus.
TQ.
saya biasa makan buah belimbing hutan jga,,, tp warna buahya berwarna hijau.. buahnya kcil n agak masam sdikit… ia juga boleh merawat penyakit darah tinggi… gambar yang tertera disini kesemuanya berwarna merah.. adakah ia sudah masak…
Kalau di pasar tani Satok Kuching, kalau dah nampak banyak buah tampoi atau buah belimbing tampoi ni dijual, org kata dh hampir berakhir musim buah.
Isi buah belimbing nih putih² macam buah rambai. Rasanya masam manis. Harganya juga tak mahal.
Jika nak buat kelainan dan jika kena dgn musim berbuahnya, boleh juga dibuatkan hantaran perkahwinan/pertunangan. 😉
nie 1st time dgr n gamba buah belimbing hutan…
menarik…klu blh dijdkan tanaman hiasan laman sy nak cuba tanam…
salam, klu tak silap dulu pernah kawan dari sarawak bagi makan buah ni. itu pun dah 15 tahun yang lepas. isinya seakan2 buah rambai. rasa manis. kat semenanjung tak pernah lagilah jumpa buah ni
tak pernah tengok le buah ni, dengar aja nama belimbing terkecur liur saya tentu rasanya masam, tentu sedap makan buat mencolek kan – kasi gula,sedikit garam, belacan sikit ,tenyehkan lada burung beberapa biji, buat penyicahnya makan dengan belimbing ni sedap tentunya kan!!!!!!! berselera, makan pula ramai-ramai bawah pokok depan rumah ,atas gerai…wah seronoknya…….sambil bincang-bincang ……
evy tak pernah nampak lagi buah ni..
menarik juga buah ni…
Inilah pertama kali dalam hidup saya lihat buah ni. Kalau boleh saya teringin nak pegang buah ni secara realiti.
Ya memang banyak buah belimbing in di sarawak. Sekarang banyak di jual di pasar minggu. Buah belimbing ini keluar setelah habis musim durian. Rasa nya masam manis dan kebanyakan disi buah ni di bguat jeruk rasanya sedap dimakan dgn sambal. Pokoknya sya tak pernah lihat. Kebanyakkan buah ni dijual kaum bidayuh dan iban.
kami panggil buah uchong. kebiasaannya ditanam di kebun/dusun. disebabkan pokok ini sangat senang tumbuh, tak payah tanam. memang banyak di sarawak. tak boleh makan banyak, sakit perut. dalam isi ada biji. kalau makan terpaksa telan dengan biji. kalau telan banyak, nanti sumbat bila nak keluar. isinya memang putih dan rasa masam2 manis. kulitnya boleh diguna dalam masakan seperti menggunakan asam jawa…..
di sarawak, sekurang2nya ada 5 jenis pokok yang mengeluarkan buah dari batang sehingga ada mencecah tanah…
Salam, T. Kasih tuan tentang info buah-buahan yang diberikan, kalau tidak memang tak tahu langsung buah-buah yang jarang ditemui dan diketahui umum ini.
Salam…
saya pernah makan buah belimbing buluh ni masa kecik2 rasa masam2 manis ckit
tp sekarang ni saya x pernah jumpa buah ni lagi…
salam 1 Malaysia,
klrga sy panggil buah belimbing merah. kebetulan sy dr srwk, bh ini amat popular di sini. selain dr mkn mentah ia amat sedap jika di buat jeruk dan di cicah dgn cili+garam+belacan (digaul mentah) @ cicah dgn kicap+gula+belacan+cili+bili – sedap tak terkata… klu mentah rsnya msm mnis (sy mkn buang kulit & ambil isinya shj), klu jeruk sy mkn dgn kulitnya sekali. buah ni skrg byk di jual di tepi2 jln s/a yg mentah @ telah dijeruk. biasanya penghujung musim buah ini muncul. bentuknya mmg cantik tetapi sy pnh jpa dlm 2 warna. st yg seakan merah hati, 1 lagi agak cerah seakn oren. apapn sy cdgkn rakan lain mencuba…
saya tidak pernah melihat pokok ini, cuma fizikalnya macam buah putat yang saya tanam.
saya harap kalau berkunjung ke tapak MAHA 2010, pokok2 yang jarang2 dilihat boleh didapati disitu
Salam,
terima kasih atas info2 yang baru. Hari ni saya baru tahu nama dan lihat buah tu (belimbing hutan ) sebelum ni memang tak pernah jumpa pun. Terimakasih atas info itu…
First time dengor namanye dan lihat rupanye. Kat sini tak pernah nampak melainkan buah jentik-jentik atau tampoi aje. Thks 4 info
xpnh jmpe..
saya ada tanam pokok ni tp tak mau hidup,suami bawa balik dari Bukit Seraya.Mula tengok nmpk pelik sebab buah dia mcm tu.Terkilan pula x rasa buahnya..
Salam.
Buah ni sedap. Rasa isinya dan rupa isi nya semacam buah rambai. Saya difahamkan kulitnya dikeringkan untuk dibuat masakan. Kat Borneo ada buah ni.
ada dikomesialkan ke buah ni…
Banyak sangat buah2 yg pelik2 tapi boleh makan.
Xde ke sesiapa yang jual benih pokok2 ni. berminat sangat nak beli n nak tanam pokok2 ni. Hampir semua buah2 dalam blog ni saya x pernah makan. Beruntungnya org2 yang dah makan.
baru je mkn buah ni td..sweer sour..ade kwn mak gtao,buah ni bagus utk org yg ada kencing manis.ye ke??.td cari gk dlm internet pasal buah ni.tp xde pown gtao pasal khasiat..
saya pernah makan buah ni masa pergi sarawak….isi sama macam buah rambai .. rasa pun lebih kurang buah rambai gak .. cuma kulit dan rupa bentuk buah aje lain …
rasa buah ni masam manis isinya putih macam rambai.. rasa lebih kurang. sedap buah ni dan ianya bermusim dan banyak di sarawak. kulitnya tebal dan rasa masam boleh buat asam masakan seperti ikan. sama seperti asam keping..
Buah Ucung dalam bahasa Iban punya beberapa varietas:
ada yang panjang, ada yang gemuk yang lain merah tua, ada lagi yang kuning kulitnya. Tengok gambar-gambar di site saya di bawah Sample Photos by Genera/Baccaurea
Frank
Wah….. pasti buah ni baik untuk orang yang sariawan,
cantiknya buah ni… nampak cam sedap je
Buah belimbing ini banyak dijual dipasar2 tamu isinya seperti buah rambai,disemenanjung saya tak pernah jumpa buah ini.
Salam 1 Malaysia,
Buah uchong @ belimbing Hutan inilah salah satu buah endemik di Pulau Borneo. Senang di dapati bila musimnya, Saya sendiri tanam 4 batang di kebun. Berbuah dibatang sama seperti buah tampoi hingga ke tanah menjadikan pokoknya sangat menarik. Isi putih dan rasa masam manis. Makan terpaksa telan dengan bijinya. Kalau warna merah darah masih muda dan matang bila warna buah berubah kepada merah muda hingga ke warna oren. Nak simpan lama dijadikan jeruk seperti buah cermay @ cermai.
buah tu memang bez sangat2…..!!!
buah ini namanya buah ucong di sarawak, kulitnya agak tebal dan masam, isi dan rasanya seperti isi buah rambai (masam manis) dan biasanya mempunyai 3 ulas isi(seperti buah rambai jg)
Buah ni memang ada di Sarawak…
Rasanya macam buah delima,bentuknya macam buah rambai,sedap khasita nya tidak pula saya tahu,nama pun dah lupa .Banyak di jual dipasar seian pada musim buah bulan januari hingga jun
@rina –
assalamualaikum
Awal february hari tu saya ke kuching ,sri aman dan lagi satu tempat kat sempadan kalimantan tempat membeli belah , saya dah lupa nama tempatnya.Diketiga2 tempat ni saya jumpa buah belimbing hutan ni yang dijual.Rasa isinya sama macam buah tampoi atau cam buah rambai.Terdapat yang warna maroon, orange dan pink.Bahagian luar/yang bentuk cam star fruit juga bolih dimakan , rasanya masam2 manis
buah ni boleh dibuat jeruk jga.. masam2 manis.. biji boleh dimakan begitu tp kena hati2 sb takut sembelit.. kulit diguna dalam membuat sambal belacan sb ianya masam.
baru pertama x tengok … cantik buahnya … teringin plak nak rasa camana … kat sini tak pernah pun nampak
di tmpt sy buah ini dipanggil buah uchong. Biasa keluar penghujung musim buah. Sy pernah tengok pokoknya berbuah di Ulu Rimbas. Buahnya sgt lebat sehingga memenuhi batang dan dahannya sehingga tidak bersela lg (bahasa melayu klasik) Hairan bin ajaib sy dibuatnya….subhanallah maha kaya Allah yang maha pengasih lg maha pemurah…
salam. dekat sabah (kk) mmg ada sdh penjualan buah ini. kalau tak silap saya mereka gelar Belimbing Tampoi. Saya sdh merasai buah ini, memang sedap manis manis. insyallah saya cuba menanam buah ini melalui biji buah tersebut.
Salam semua.saya nk Tanya adakah pokok ini berbuah sepanjang tahun sepertimana pokok belimbing biasa?
Salam buat semua pembaca. Buah uchong mmg tdk asing lg buat masyarakat luar bandar sarawak. Tp sayang buah ini bermusim seperti pokok durian jugak. Pokok uchong ini biasanya tumbuh separa liar di kwsn tanah2 bukit pendalaman sarawak. Krn potensinya menyebabkan ianya ditanam di dusun atau kebun getah.
Aslmkum slmt pg dan salam sejahtera buat shbt2 smua yg ternampak dan terbaca komen ni…tlg hubungi sy …sy benar2 perlukan sgt belimbing hutan ni dgn secepat mungkin