Bawang, sejenis sayuran dari genus Allium, adalah salah satu tanaman yang paling banyak ditanam dan digunakan di seluruh dunia. Terkenal dengan rasa dan aromanya, bawang memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis masakan.
Bawang telah digunakan sejak ribuan tahun, dianggap sebagai salah satu tanaman yang paling lama ditanam. Bawang dikatakan ditanam oleh orang Mesir kuno di sepanjang Sungai Nil, menunjukkan kepentingannya dalam sejarah dan pertanian awal. Bawang juga digunakan bukan hanya sebagai makanan tapi juga untuk tujuan perubatan dan ritual agama.
Bawang merupakan salah satu sayuran yang paling banyak diperdagangkan di banyak negara di dunia. Negara-negara seperti Belanda, Mexico, India, China, dan Amerika Syarikat adalah antara pengeksport utama bawang.
Bawang adalah komoditi perdagangan global dan fluktuasi harga bawang dapat memberi kesan signifikan pada ekonomi lokal. Krisis harga bawang kadangkala boleh memicu ketidakstabilan sosial di beberapa negara.
China dan India dikenali sebagai pengeluar bawang terbesar di dunia, diikuti oleh Amerika Syarikat, Iran, dan Rusia. China dan India bersama-sama menyumbang lebih daripada 40% daripada pengeluaran bawang dunia. Menurut data dari FAO (Food and Agriculture Organization), pengeluaran bawang di seluruh dunia adalah kira-kira 93 juta tan setahun.
Terdapat pelbagai jenis bawang yang ditanam di seluruh dunia, terutamanya bawang merah, bawang putih, dan bawang besar. Setiap jenis memiliki kegunaan dan keunikan rasa tersendiri dalam masakan. Bawang adalah bahan asas dalam banyak masakan di seluruh dunia, digunakan untuk memberi rasa, aroma, dan tekstur kepada pelbagai hidangan.
Bawang adalah sumber vitamin C, vitamin B6, folat, dan potassium yang baik dan mengandungi jumlah kecil pelbagai nutrien lain. Bawang juga mengandungi antioksidan seperti quercetin dan sulfur. Antioksidan ini dapat membantu melindungi tubuh dari radikal bebas, yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan menyumbang kepada penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
Bawang biasanya ditanam dari biji atau boleh juga ditanam dari bebawang itu sendiri. Bawang memerlukan tanah yang subur dan saliran yang baik. Kebiasaanya, bawang memerlukan cahaya matahari yang penuh atau sekurang-kurangnya 6jam. Bawang memerlukan penyiraman yang konsisten, terutama semasa tempoh pembesaran bulb (bawang). Nutrien yang mencukupi sangat penting bagi pembesaran bawang. . Jangkasa penuaian bawang antara 90-150 hari bergantung pada jenis varietinya.
Bawang sebaiknya disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Kelembapan dan suhu yang tinggi dapat menyebabkan bawang cepat membusuk. Bawang boleh bertahan lebih lama jika disimpan dalam tempat yang memiliki pengudaraan yang baik. Jangka hayat penyimpanan bawang boleh berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Bawang besar biasanya boleh disimpan antara 3-6 bulan, sementara bawang merah mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Tahukah anda? Ekstrak bawang dapat digunakan sebagai pestisid atau racun organik. Bawang mengandungi sulfur dan bahan kimia lain yang memiliki sifat anti-serangga. Bau tajam bawang sangat efektif dalam mengusir serangga dan jenis hamama. Ekstrak bawang boleh dibuat dengan menghancurkan atau mengisar bawang dan mencampurkannya dengan air. Ramuan ini kemudian boleh disemburkan pada tanaman
Number of View :418