Tumbuhan di Tropical Spice Garden

spice-garden1

Artikel kali ini bersambung mengenai tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai di Tropical Spice Garden. Walaupun dikatakan terdapat 500 jenis spesis tumbuhan di sana, namun sukar sebenarnya untuk mengenalpasti tumbuhan yang tidak mempunyai label. Antara spesis-spesis tumbuhan yang dapat saya kongsikan kepada anda seperti di bawah. Jika ada kekurangan harap dimaafkan..

pokok-nipah

Pokok Nipah atau nama saintifiknya Nypa fructicans yang kebiasaannya hidup di kawasan air tawar. Dikatakan sejenis palma yang tertua di dunia kerana terdapat fosil pokok ini yang berusia lebih 100 juta tahun. Daun pokok nipah boleh dibuat atap rumah manakala jus yang dikeluarkan dari kuntum bunga boleh direbus menjadi gula melaka.

pokok-bemban

Pokok Bemban atau nama saintifiknya Donax grandis merupakan sejenis tumbuhan berumpun seakan pokok buluh. Batangnya tinggi dan daunnya terletak di hujung batang. Bunganya bewarna putih dan berbau wangi. Kulit batangnya setelah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. Dari segi perubatan tradisional, dipercayai jus yang diperah dari tumbuhan ini dapat mengubati penyakit mata.

giant-anthurium1

Giant Anthurium (Anthurium plowmanii) yang berasal dari South Amerika.

slender-palm

Slender Joey Palm merupakan salah satu palma yang berasal dari Malaysia.

ginger

Shell Ginger atau nama saintifiknya Alpinia zerumbet yang berasal dari Sout East Asia.

ginger2

Shampoo ginger atau nama saintifiknya Zingiber spectabile yang berasal dari South America

araila

Japanese araila atau nama saintifiknya Fatsia japonica yang berasal dari Japan mempunyai bentuk daun yang cantik

aluminium-plant

Aluminium plant atau nama saintiknya Pilea cadiera sejenis tanaman herba yang boleh dijadikan tanaman penutup bumi.

flame-violet

Flame Violet atau nama saintifiknya Episcia spp. yang berasal dari South America merupakan sejenis tanaman hiasan yang mempunyai warna yang menarik.

teratai

Banyak lagi sebenarnya tumbuhan menarik terdapat di sana. Tak dapatlah saya nak tunjukkan ke semuanya di sini. Jika anda ke Penang jangan lupa singgah di sana.

Number of View :10198

Gula Apong dari Pokok Nipah

nipah21

Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami.

nipah

Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah, Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasilkan menggunaka nira nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.

gula-nipah1

Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak.  Antaranya ialah seperti kuih Celorot(gambar di bawah), kuih Keria, dan kuih Bongkol. Selain itu, ia juga sedap di campur dalam minuman cendol.

selorot

Oleh kerana proses menghasilkan gula apong agak rumit dan pengeluarannya dikatakan agak terhad, maka tidak hairanlah ianya dijual dengan harga yang tinggi.

gula-apong

Ada sesiapa orang Sarawak di sini yang biasa menggunakan gula apong, di harap bolehlah kongsikan sedikit cerita anda tentang gula apong..


Number of View :35991