Limau Kasturi Kuruskan Badan

limau-kasturi2

Ramai orang di luar sana tercari-cari cara menguruskan badan menggunakan bahan semulajadi khususnya dari tumbuhan. Memang banyak tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ramuan, namun, antara bahan yang mudah digunakan dan senang didapati ialah limau kasturi. Selain dapat menurunkan berat badan, ia juga dikatakan boleh mengurangkan buncit.

limau-kasturi
Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini lebih elok diikuti dengan senaman ringan.

limau-kasturi3

Bagi yang ingin kempiskan perut pula, anda perlu mencampurkan limau nipis dengan teh tanpa gula.  Kemudian air tersebut diminum tiap-tiap hari sehinggalah perut anda kelihatan menarik. Saya akan cuba petua ini dan memaklumkan kepada anda sekiranya saya berjaya mengurangkan buncit saya dalam tempoh sebulan. He..he.

Number of View :14073

Limau Kasturi untuk kecantikan rambut

limau-kasturi1

Artikel kali ini tentang limau kasturi. Selalunya limau kasturi banyak digunakan dalam minuman. Memang aku sendiri pun suka kalau teh o dicampur dengan limau kasturi dan sedikit ais. Dikatakan juga, teh o + limau kasturi, jika diminum pagi dan petang dapat mengurangkan bau badan. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri belum dapat pastikan. Namun, limau kasturi bukan setakat boleh diminum sahaja. Ada lagi khasiatnya..

Baru-baru aku dapat email dari seorang perempuan , berusia 33 tahun – biasa menggunakan limau kasturi untuk mencantikan rambut dan kulit muka. Menurutnya, dia mengunakan perahan air limau kesturi untuk dilumurkan pada muka dan rambut/kulit kepala. Ini adalah untuk membuang minyak yang berlebihan pada muka dan kulit kepala yang terlalu berminyak. Kalau anda rasa kulit anda/rambut berminyak bolehlah cuba petua ini.

Menurut rujukan, selain dari mencantikkan kulit dan rambut, limau kasturi juga dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan lebih kurang 15minit barulah dicuci. Selain menghilangkan pening ia juga dapat mewangikan rambut, mengelakkan kelemumur & menyejukkan kepala. Aku pun nak try test juga petua ni untuk menghilangkan sakit kepala.. tak perlulah lagi makan panadol.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7935