Herba Penawar Buasir

Ramai yang mencari kaedah tradisional bagi merawat penyakit buasir. Tumbuhan herba sejak sekian lama sudah diamalkan sebagai penawar untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit buasir. Buasir berlaku apabila pembuluh pada selaput darah di bahagian dubur dan kulit sekitarnya mula membengkak.

Antara ramuan herba yang boleh digunakan bagi merawat penyakit ini adalah seperti berikut;

1. Delima + kunyit+ inai + garam (Air rebusan)
Ambil kulit buah delima yang kering, dua ibu kunyit sebesar ibu jari, segenggam daun inai dan sedikit garam. Tumbuk semua bahan berkenaan hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk tanah bersama tiga gelas air. Rebus hingga menjadi satu gelas air. Tapiskan airnya dan setelah sejuk, minumlah sebelum tidur. Amalkan untuk tempoh seminggu.

2. Temulawak + gula kelapa + asam jawa (Air rebusan)
Tumbukkan sehingga lumat sedikit temulawak yang dicampurkan dengan gula kelapa, asam jawa dan air.
Minum airnya tiga kali sehari dan lihat kesannnya dalam masa seminggu.

3. Daun belimbing buluh (Bahan rendaman badan)
Hancurkan daun belimbing buluh yang masih segar, kemudian rebus dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa
hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

4. Daun petola (Bahan rendaman badan)
Bersihkan 15 helai hingga 20 helai daun petola. Kemudian rebuskannya dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

5. Peria + minyak (Ubat sapu)
Mengikut amalan tradisional, bahagian pokok peria yang dapat digunakan untuk merawat buasir ialah akar, buah dan bijinya. Bersihkan dan lumatkan akar, buah serta biji peria, kemudian perah airnya agar memperolehi suku cawan air. Campurkan air perahan itu dengan kira-kira dua sudu makan minyak. Ambil kapas dan basahkannya dengan campuran bahan peria itu lalu tampalkan pada buasir.
Amalan ini sebaik-baiknya dilakukan setelah anda mengamalkan proses berendam di dalam ramuan herba seperti di atas

Sumber maklumat : Majalah D’Herba yang diterbitkan pada tahun 2007.

Number of View :714

5 Jenis Sayuran mengurangkan kolesterol

Tahukah anda? Terdapat beberapa jenis sayuran yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol dan seterusnya menjaga kesihatan. Antara sayur-sayuran tersebut ialah;

cili-padi

1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.

2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.

kubis
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.

4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang  mempunyai fungsi anti bakteria.

5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.

 

Number of View :7520

Pengalaman dalam Penggunaan Herba

-Gambar Hiasan sahaja-

Saya telah menggunakan tumbuhan herba kunyit dan sireh sebagai air minuman herba 2 kali seminggu untuk kesihatan dalaman wanita. Pengalaman saya semenjak menggunakan herba tradisional ini saya mendapati semasa saya datang haid badan saya tidak berbau begitu juga dgn darah kotor.

Petua-petua tradisional yang melibatkan penggunaan tumbuhan herba yang biasa saya gunakan dalam kehidupan seharian saya ialah meminum minuman herba teh sireh teh halia dan kunyit untuk kesihatan dalaman wanita, begitu juga dengan buah manjakani sebagai cucian luaran bahagian intim untuk wanita.

Petua-petua tradisional dalam penggunaan tumbuhan herba yang masih diamalkan oleh org tua atau datuk n nenek yang masih saya lihat sampai sekarang ialah penggunaan daun mengkudu untuk menghilangkan lebam. dulu hairan juga macam mana nak hilangkan lebam guna daun tetapi bila lihat hasil dan kesan nya memang berkesan. Lebam dekat badan makin lama makin hilang dan surut. Selain itu, penggunaan minyak kelapa untuk melebatkan rambut bayi masih lagi dipraktikkan hingga sekarang oleh mak dan ayah, memang berkesan untuk menumbuhkan rambut bayi. Orang tua pUn boleh pakai. Penggunaan buah manjakani pun memang daripada petua org dulu-dulu. Saya rasa penggunaan buah manjakani sebagai cucian memang elok.

Kiriman E-Mel: irmchu @ yahoo.com

Number of View :5929