December 7, 2024

Artikel kali ini yang ingin saya kongsikan adalah mengenai kunyit. Salah satu tanaman yang pernah saya tanam di rumah. Baru sahaja dituai beberapa minggu yang lalu. Sedikit pengenalan mengenai kunyit. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa tergolong dalam famili Zingiberaceae. Sama seperti halia, kunyit, lengkuas dan sebagainya. Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang sering dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya dalam masakan.

Pokok kunyit sangat mudah ditanam menggunakan rizom atau umbisinya. Ia perlukan tanah yang mempunyai kandungan organik yang tinggi bagi memastikan kesuburannya. Saya tidak pasti berapa lama saya telah menanam pokok kunyit ini. Saya anggarkan antara 5-6 bulan. Saya mengambil keputusan untuk menuai hasil kunyit ini apabila melihat tepi daunnya kelihatan sudah menguning dan pokok juga sudah mengeluarkan bunga.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Pada pemerhatian saya, bunga kunyit akan muncul dari tengah batang pokok. Bunga kunyit berwarna putih atau kuning. Bunga kunyit boleh dijadikan ulam atau terus dimakan mentah. Bunga kunyit dikatakan banyak khasiatnya.

Menurut rujukan, bunga kunyit akan muncul selepas 5 bulan di tanam. Dikatakan bunga dari spesies ini adalah jenis triploid  (2n = 3x = 63)  dan tidak akan menghasilkan biji benih, Jadi, ia hanya boleh ditanam hanya menggunakan rizom sahaja.

Hasil kunyit yang saya perolehi beratnya lebih kurang 1.6kg sahaja. Tidak berapa memberangsangkan disebabkan kurang penjagaan secukupnya. Namun, kualiti isi kunyit masih memuaskan. Beberapa gambar yang sempat saya rakamkan untuk dikongsi bersama.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :12048

2 thoughts on “Tanam Kunyit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam