October 6, 2024

maman

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu dan Negeri Sembilan. Menurut pengusaha ulam-ulaman yang saya ketemui, maman juga banyak ditanam di Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan ,   biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula  boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :44144

14 thoughts on “Pokok Maman

  1. salam. setahu sy pokok maman ni cuma dimakan dalam bentuk jeruk shj. dedahan dan maklumat dari admin /fazli tentang khasiat dan guna maman ni amat dihargai.dalam peroses jeruk maman, nasi digunakan bg memasamkan jeruk?

  2. salam…
    sekadar nak kongsi pengetahuan…maman yg gambar kat atas tu kami panggil mamam huma.biasanya ditanam dengan cara tabur bijinya terutama di kebun yg baru diteroka(huma).dijeruk bersama nasi & garam.Yg segar juga sedap dimasak cili api @ rendang Ng 9 dgn ayam.Pahit2 skt tp sedap…
    Ada satu jenis lg dipanggil maman pasir..selalu tumbuh meliar dengan banyak terutama tepi2 parit @ longkang.Pokok & daunnya sama tp buahnya sy blm pernah nampak..Boleh di jeruk sama seperti maman huma &dari segi rasa…maman huma libih kick sbb ada rasa pahit2 skt…tq

  3. Di kelantan jeruk mamae memang merupakan makanan tradisional sejak sekian lama. Kebanyakan makcik2 di kampung memamng pandai buat jeruk maman. Pokok mamame ada dua..putih(ijau) dan merah.

  4. encik hasan: ini bkn tanaman buncis…buncisnya lain…ini tanaman yg dipanggil maman…

    di kedah juga byk maman ni…biasa penduduk sini buat jeruk utk pucuk2 maman ni….sungguh enak skali…..
    jeruk maman diperap bersama air dan nasi…pastu dah siap menjadi jeruk boleh makan dgn bawang dan cili padi..

  5. arwah datuk n nenek slalu bli. 2 yg sexy pandai mkn jeruk maman ni. masam2 tp sedap. kena plk ngan cili tp sexy x mkn byk. nnt body x cantik. ehek!

  6. Jeruk maman mmg sedap sebagai pembuka selera,pernah suatu ketika saya pernah kerumah kawan saya di Pekan ,Pahang .Saya disajikan dengan maman masak lemak putih,wui! sedap…..tak sangka pulak maman boleh dimakan tanpa dijeruk

  7. cite pasai maman saya kalau dapat jeruk maman mak saya buat, sungguh selera makan nasi nak2 kalau ada goreng pekasam habis seperiuk nasi. tapi buat sendiri kadang jadi kadang tak. Mak saya blend nasi dan tapis airnya campur sama garam lepas tu masuk daun yg telah dipotong. tiga hari sekali balik2kan biar kena rata. agak2 seminggu lebih dah lecur semua boleh la makan. taruk bawang sama cili api. garam tu nak kena pandai agak masinnya. baru masamnya ngam.

  8. kalau disini x banyak seperti bibit maman….
    tapi blom da yg menggunakanny untuk bhan pangan maupun obat2 ,krna aromanya itu sangat menyengat bagi penciuman………..
    dan kalau dikonsumsi sangat tidak enakkkkkkkkkkk rasanya,,,,,,,,,,,,,
    maka dari itu masyrakat di tempat kami blom tau pa hasiat maupun kegunaan dari tanaman tertsebut………….

  9. dtg…nak kepastian pokk maman..nak buat jeruk..tepi umah banyak pokok maman…dulu tengoh arwah maktua buat jerok..2 3 hari g bleh mkan ikn bkar dgn jruk maman..sah! tepi umah ni pokok maman..tqvm

  10. assalamualaikum
    Maman yang biasa kita jumpa dan makan adalah seperti gambar diatas.Baru ni ada nenek dekat rumah cakap maman tanah pun bolih dimakan , dibuat jerok seperti maman biasa.saya petik dan jerokkan, rasa dan baunya sama macam maman biasa.

  11. arwah ibu selalu buat rendang daging salai campor daun maman atau masak gulai cili api daging/ikan bercampor maman.memang sodap!!!tapi tak pulak nak belajar resepi masakan ni..sapa sapa yang ada resepi ni sudi sudikanlah share share ilmu tu.

  12. Pokok maman banyak ditanam di Gemencheh, Negeri Sembilan. Orang di Gemencheh membuat ghondang maman dicampur dengan daging, ayam dan ikan bilis. Rasanya memang sedap dan telah terkenal diseluruh negara. Bila tiba musim perayaan orang kampong akan memasak ghondang maman sebagai juadah wajib yang mesti ada dalam hidangan hari raya. Harga maman pada masa tersebut akan meningkat naik pada musim perayaan dan dijual sehingga RM10.00 sekilo. Cara memasak ghondang maman memakan masa yang lama sehingga 3-4 jam dari persediaan bahan dan memasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam