Pada bulan lepas saya sempat berkunjung ke Agricultural Fair yang diadakan di Hatyai,Thailand atau lebih tepat lagi di Faculty of Natural Resources, University Prince of Songkla. Dikatakan pelajar Universiti di sana diajar menguruskan eco-tourism sejak dari awal semester lagi.
Acara tersebut telah diadakan pada 10-19 Ogos 2018. Ia merupakan ekspo pertanian terbesar untuk wilayah selatan Thailand untuk kali yang ke 26.
Saya akan kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa kunjungan di sana.
Jika ada yang faham bahasa thailand.. bolehlah baca.
Tanaman jagung – dimana kulit jagung dibuka untuk menarik perhatian pengunjung
Kaedah penanaman moden secara fertigasi menggunakan bekas tanaman
Tanaman landskap menggunakan gabungan bunga dan sayur-sayuran
Pokok seakan kubis tetapi tidak pasti jensi/varieti apa.
Sampai di sini dahulu.. Artikel akan datang, saya akan kongsikan gambar jenis buah-buahan yang terdapat dijual di sana, koleksi pokok bonsai dan pelbagai jualan benih buah-buahan dan tanaman hiasan.
Number of View :4482