Buah Mencepu

cerapu4

Buah Mencepu atau Cerapu ( Garcinia prainiana ) sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat yang tinggal di kampung-kampung. Dahulu, pokok cerapu memang diketahui banyak terdapat di kawasan sekitar Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan beberapa negeri di sebelah pantai Timur. Kini, satu demi satu pokok ditebang bagi memberi laluan kepada pembangunan yang kian pesat.

cerapu6
Pokok cerapu mengeluarkan buah muda yang berwarna hijau, kemudian bertukar warna oren kekuningan dan seterusnya bertukar warna oren kemerahan apabila sudah masak. Buah yang masih muda kebiasaannya digunakan dalam masakan dan buah yang sudah masak pula boleh terus dimakan. Daripada rujukan, terdapat dua (2) jenis varieti buah cerapu iaitu buah yang mempunyai rasa yang masam-masam manis dan juga yang manis.

cerapu5
Pelbagai nama panggilan buah cerapu mengikut loghat sesuatu daerah dan negeri. Ada yang menyebut buah chupu, chopu, ceropu , kecapu , kecupu, asam Cepu dan juga manggis cepu.

cerapu

Buahnya yang sedikit bergetah dan rasanya yang masam-masam manis membuatkan ramai orang yang tidak makan secara terus sebaliknya menggunakannya di dalam masakan.

cerapu2
Masakan yang popular menggunakan buah ini ialah masak lemak cili padi bagi menggantikan penggunaan asam keping ataupun asam jawa. Menurut orang yang berasal dari Negeri Sembilan, mereka akan menukar rasa masakan lemak cili padi mengikut rasa asam yang digunakan. Apabila sudah jemu dengan masak lemak menggunakan asam gelugur, maka mereka menggantikannya dengan buah belimbing buluh, buah bacang dan juga buah mencupu.

cerapu3

Selain itu, buah ini juga boleh dicampurkan dalam ramuan membuat sambal cili padi. Jika anda biasa makan buah ini, bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :42440

4 comments

  1. terliurlah aku membaca ttg buah mencepu ni. Nak kata apa mmg sah buah ni tak ada kat sarawak… apa boleh buat…tp buah bacang ada itu pun ikut musim.

  2. Teringat buah cepu, sekarang ini banyak ditanam di kawasan Taman bunga Seremban, tapi sayangnya tidak berbuah. Ketika saya masih kanak2 pernah panjat pokok ini di Inas, Johol. Buahnya memang manis kalau masak ranum, kalau warna masih kuning tu rasanya masih lagi masam, tapi awas buah yang baru dipetik terdapat getah dan boleh menyebabkan sakit tekak. Biarkan getah kering, dibasuh baruk\lah dimakan.

  3. Saya baharu cuba semai pokok mencepu ni. Dapat biji buah daripada kawan anak saya di terengganu. Pertama kali semai langsung tak tumbuh. Cubaan kali kedua nampaknya berhasil. Semai 20 biji, kesemua menjadi selepas 2 bulan. Hampir putus asa menunggu hasil semaian. Bila sudah nampak biji benih mengeluarkan tunas pertama, hati sangat gembira. Hari² asyik membelek kemajuan pertumbuhannya. Sekarang baharu 2 inci dan mengeluarkan daun yang kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam