March 19, 2024

kayu-nibung2

Ada sesiapa belum pernah melihat pokok nibong. Jika anda pernah membaca novel terkenal bertajuk ” Ranjau Sepanjang Jalan” yang ditulis oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, sudah tentu akan terbaca mengenai kisah bagaimana begitu seksa terkena tusukan duri pokok nibong. Pokok Nibong merupakan sejenis pokok yang sememangnya dikenali sebagai pokok yang mempunyai banyak duri di keseluruhan batangnya.

kayu-nibung

Sejak dahulu lagi saya mendengar, kayu/teras pokok nibong mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam alam mistik. Jika dahulu, barang seperti ini banyak dijual di kaki-kaki lima tetapi sekarang sudah ada dijual secara online (seperti gambar di atas). Dipercayai khasiat kayu nibong ini dapat menjadi pendinding dari bahaya dan makhluk halus. Sebenarnya, bukan kayu nibong sahaja, malah ada beberapa jenis kayu lagi yang digunakan dalam amalan seperti ini.

Mungkin anda mempunyai pendapat anda sendiri mengenai perkara ini… atau anda sendiri ada mengamalkannya mengikut amalan turun menurun. Di harap boleh kongsikannya disini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :106315

42 thoughts on “Kayu Nibong

  1. Saya biasa dengan pokok ni. Di kampung dulu, belakang rumah saya ada pokok nibung. Burung hantu suka duduk kat pokok ni. Kalau malam bunyi macam-macam yang menakutkan. Tapi kami dah biasa, buat tak tau aje. Tapi kami tak pernah tau pokok ni boleh buat ubat. Selalunya kami buat lantai pondok durian atau lantai dapur tempat basuh pinggan. Memang tahan dan kukuh.

  2. di indonesia saya belum melihat dan mendengar tentang kayu Nibong ini, kalau dilihat pohonnya berbulu dan cukup menakutkan juga ya

  3. kayu nibong ni memang sudah terkenal dari dahulu lagi dengan pelbagai guna…air rendaman kayu itu dan diminum mampu melumpuhkan santau …..teras kayu nibong jika dibuat tongkat boleh digunakan untuk melumpuhkan kekebalan dan melemahkan anggota orang yang dipukul dengan kayu ini….jangan sesekali memukul anak dengan kayu ini….walaupun dengan pukulan yang ringan….sangat bahaya…..menurut kata orang yang arif…sejauh mana kebenarannya ….wallahhuallam

  4. Batang nibong banyak terdapat dikampong saya. Dari apa yang saya tahu batang nibong banyak kegunaan nya.Selain membuat lantai ianya boleh dibuat panelling,
    tongkat,senduk nasi dan sebagai nya.Keunikan urat nya sungguh menarik. Tentang kasiat kayu nibong saya tak berapa pasti.Ada dengar tapi tak ambil berat.Kalau ada yang tahu boleh kongsi le..

  5. Pokok Nibong ni kalau yang dah reput dalam hutan selalunya didiami oleh tenggiling, jadi bagi pemburu tenggiling ni akan membakar kayu tersebut untuk mendapatkan tenggiling bagi dijual di pasaran gelap kerana harganya begitu tinggi. Pada waktu dulux batangnya dijadikan lantai kerana ia tahan dan keras selain bentuk irasnya yang cantik.

  6. Tentang hasiat kayu nibung ni saya tak begitu pasti, tapi janganlah sampai terlalu taksub dan percaya ; semuanya itu dengan izin Allah. Kalau ianya banyak hasiat, tentulah saya yang banyak mendapatnya kerana sewaktu kanak-kanak saya pernah memakan umbut nibung ni, yang diambil oleh nenek saya, susah mengambilnya sebab berduri. tapi waktu tu makanan pun kurang, rasanya lebih kurang macam umbut lain-lain palma. Saya hairan siapa yang mula memanupulasi tumbuhan ini, macamana pun kayu ni memang keras dan cantik. .

  7. Batang nibong boleh buat perkakas bina rumah seperti tiang dan alang contoh dilihat rumah Melayu di Patani Thailand juga dibuat sarong kris dan pisau sangat cantik boleh di lihat diKelantan.Ia dibuat sebagai senjata pada zaman dalu duri pada batang nya sangat berbisa.Bahagian luar batang nya sangat keras.Ia juga digua kan olih pelaut untuk dipacang didalam laut untuk tujuan pelbagai guna.

  8. salam. batang nibong banyak digunakan pada tahun 5 dan 6 puluhan.sebatang batang nibong dicacak terus sebagai tiang rumah.untuk lantai batangnya dibelah kecil jg untuk dinding. sekarang batang nibong diukir sebagai perhiasan atau dijadikan peralatan dapur seperti senduk ,sudip dan lesong.

  9. Zaman dulu orang di kampung saya menggunakan batang pokok nibong untuk membuat lantai rumah kerana ia tahan lasak. Di sungai pula nelayan mengunakannya untuk membuat tiang untuk bot-bot berlabuh. Ada seorang kawan yang pergi ke Sarawak telah membeli peralatan dapur seperti senduk dan sudip yang di buat daripada batang nibong.

  10. Rasanya bukan nibong sahaja yang ditakuti oleh jin tetapi kebanyakan pokok yang berduri memang ditakuti jin.

  11. Pekakas dapur seperti sudip dan senduk yang di berbuat dari pokok nibong nie banyak terdapat di Main Bazaar di sarawak, satu batang hanya RM2.00 kalo tak silap saya.

  12. Dulu semasa saya kanak-kanak lagi, pernah dengar/lihat. Tetapi skg sudah lama tak lagi mesra dgn pokok ini …………………

  13. asalamualaikum. batang nibong amat baik untuk dibuat sudip, terutamanya sudip tukang masak. tapi sekarang sudah sukar untuk mendapatkannya.

  14. Berkenan Kayu Nibong ada satu permintaan dari saya, sekiranya saudara dapat pokok nibong yang kena panah petir sila dapatkan kayu
    pokok tersebut dan sila hubungi saya segera. Insyallah ada khasiatnya yang hebat yang mungkin kita perolehi. Perkara ini diminta oleh seseorang
    kepada saya sewaktu berjumpa denganya.

  15. Zaman Dahulu Kayu Nibong D Buat Tiang D Tepi Sungai Untok Tambatan Perahu.Kayu Nibong Tidak Reput,Tahan Berada D Dalam Ayer Berpuluh2 Tahun.Contoh D Tambatan Tanjung Agas,Muar,Sebelum ada Jambatan Muar.

  16. A’kum wbt..

    Rumah arwah bapa, tiang seri dipasang dengan batang nibong dan lantai kayu nibong. Arwah bapa bina dan buat sendiri kerana banyak rumpun nibong berhampiran. Burung punai banyak terdapat di atas daun dan pucuk pokok.

  17. Kayu Nibong pula banyak di kampung saya (Papar, Sabah) semasa keci dulu di kg. saya ramai yang membuat rumah bertiangkan kayu nibong. Menurut orang tua tua batang kayu nibong ni jika di buat tiang rumah atau lantai rumah ketahannya sampai 10 – 15 tahun. Terima kasih.

  18. Mengenai kayu nibong pula ditempat saya dizaman dahulu bapa saya suka gunakan batangnya untuk dibuat titi. Batang Nibong ni berduri. Pernah tengok cerita dimana Seniwati Sarimah di cucuk duri nibong.

  19. jika teras nibung dikatakan boleh menjauhkan drpd iblis, camna cara gunanya, adakah dr hasilan kimia atau gelombang bunyi dr kayu ini

  20. kayu nibong arwah tok jadikan tiang rumah dan dibelah untuk dijadikan papan sebagai lantai rumah. Arwah tok juga jadikan ianya sebagai tongkat dan pendayung sampan. Saudara-mara menjadikan sulur nibong sebagai cincin. Kebiasaannya dari sudut pandangan tradisi orang lebih menggunakan sulur nibong untuk tujuan perubatan untuk binatang berbisa, kekebalan, jin, penggerun dll… wallahualam. Semua itu adalah sebab dan asbab sahaja akan tetapi Allah yang Maha Berkuasa.

  21. Nibung biasanya kalau kami tebang kami ambil umbutnya sahaja untuk dijadikan makanan. Umbutnya sangat enak jika dibandingkan umbut-umbut yang lain seperti kelapa atau pokok palma yang lain.

  22. saya pernah kerja di Sarawak selama 5 tahun. Ada satu restoran semuanya dibuat daripada nibong.

  23. cincin nibung ni sesuai di pakai pada angota polis jika penjenayah miliki ilmu kebal pasti ilmunya akan tawar….disyorkan angota polis memakai wat cincin….

  24. saya pernah terjumpa kayu nibong menjadi batu sebesar saiz kotak rokok di dasar sungai semasa mencari batu karangan..kalau dipandang memang kayu, tapi hakikatnya telah menjadi batu, dgn izin Allah.saya simpan sampai sekarang..

  25. Di mana nk cri tongkat yg diperbuat dr kayu nibong?dipercayai dpt dijadikan senjata untuk melawan @mempertahankan diri.sila e mailkn pd saya.tq.from sarawak

  26. Baru saja saya tebang pohon nibung tunggal.
    Sudah 3-4 hari batang pohon tersebut saya taruh dirumah.
    Saat ini pohon tersebut telah berubah warna agak kemerah-merahan, kemudian ada titik-titik hitam seperti sisik ular.
    Kata tetangga dikomplek perumahan tempat saya tinggal dia melihat ada penunggunya di dekat pohon nibung yang saya jemur tersebut. Tetangga saya tersebut adalah indigo yang dapat melihat mahluk gaib dan bisa berkomunikasi.

    Dari pancaran energi yang timbul dari pohon tersebut saya memang dapat merasakannya. Dua malam saya terus bangun tengah malam, mungkin mahluk yang mendiami dalam batang pohon tersebut ingin beradaptasi dengan saya. Tetapi malam-malam selanjutnya tidur saya dapat nyenyak.

    Biarkanlah mahluk ciptaan Allah tersebut hidup dalam dunianya. Saya hidup dalam dunia saya. Selama tidak ada saling mengganggu, tidaklah menjadi masalah.
    Mungkin jikapun menjadi masalah, mungkin waktu penebangan kemarin. Tetapi sampai saat sekarang..keadaan saya masih adem-adem dan sehat-sehat aja.

    Penebangan itu saya lakukan atas permintaan kerabat saya, yang sampai saat ini saya menunggu kedatangan beliau untuk mengambilnya.

  27. Ditempat saya banyak duri pohon Nibong,sekiranya butuh duri tersebut silahkan hubungi saya.Thanks

  28. sapa nak jual kayu nibong boleh hubungi saya. 400 batang panjang sekurang2nya 30 kaki harga boleh dirunding 0192450763

  29. Ni saya nak cerita kan tentang khasiat kayu nibong.. Pengalaman saya ketika mendaki gunung santubong masa itu saya menggunakan gelang Dr kayu nibong.. Sepanjang perjalanan saya Dr kemuncak gunung sehingga turun ke kaki gunung saya dalam keadaan baik alhamdulilah tetapi saya ada terjatuh sehingga terbaring tanpa saya sedari gelang nibung yg saya guna tadi sudah hilang.. mungkin sebab itu cara untuk dia balik ke tempat asal.. Wallahualam

  30. Pokok nibong termasuk dalam keluarga palma seperti kelapa, sawit, pinang dan rotan. Ianya tumbuh di kawasan panas iklim tropika di tepi pantai kawasan asia pasifik. Kerana ketahanannya pada masa dahulu batang nibong digunakan untuk membuat tiang rumah, jambatan, jermal dan turus bagi tujuan menambat perahu. Batang nibong turut dibelah-belah untuk dijadikan lantai rumah. Dikatakan ianya boleh bertahan sampai berpuluh tahun. Selain itu umbut pucuk nibong pula sangat sedap dibuat sayuran. Dengan peredaran masa fungsi batang nibong turut berubah. Sekarang batang nibong ditebang bagi membuat rumah-rumah di tempat peranginan, membuat kraf tangan serta perabot.

  31. Teras kayu nibong sememangnya selalu dikaitkan dgn perubatan yg melibatkan jin dan makhluk halus. Seperti yg kita lihat batang pokoknya berduri tajam. Dan spt yg kita smua sedia maklum, pokok yg mmpunyai duri tajam selalunya digunakan untuk perubatan dan pnyembuhan bg yg terkena gangguan. Contohnya daun bidara dan seangkatn yg berduri tajam dgnnya.

    Benar apa yg shabat kita komen di atas. Jgn terlalu taksub. Sesungguhnya setiap apa yg brlaku adalah dgn keizinan dan kehendakNya. Dan kita juga tidak boleh menolak keistimewaan yg ada pd setiap apa yg telah diciptakan olehNya sesungguhnya kelebihan yg trdpt pd sesuatu ciptaanNya tetap ada. Apa yg perlu kita fahami, setiap kelebihan dan kehebatn yg kita dapati adalah dtg dariNya.

    Dan akhir kata, sekiranya kita ada kereta tetapi tidak tahu memandu, xkn kemana kereta itu melainkn disimpan digaraj. Begitu juga jika kita mmpunyai sesuatu benda yg mmpunyai kelebihannya tetapi tiada pngetahuan mengenainya dan cara penggunaanya, tiadalah gunanya juga. Ilmu Allah itu luas. Sekiranya air laut dijadikan tinta dan daun2an dijadikan kertas, sehingga kering Lautan dan habis daunan di dunia ini skalipun masih tetap tidak mencukupi.

  32. Saya sedang mencari duri nibong untuk d buat ubat,mohan bantu sy untuk mendapatkan duri nibong 01155034472

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam