March 19, 2024

Jika di Semenanjung jarang sekali mendengar Umbut rotan digunakan di dalam masakan. Namun, di Sabah atau Sarawak Umbut Rotan memang tidak asing lagi khususnya di kalangan masayarat Iban. Di sarawak umbut rotan dipanggil ‘Upa Lalih’ manakala orang Sabah pula menyebutnya `tombirua`atau ambarua.

Kebiasaannya, cara menyediakannya ialah, batang dibakar sehingga lembut dalamnya, kemudian dibersihkan, ambil bahagian dalamnya dipotong bulat dan selepas itu boleh digoreng bersama dengan lada putih dan ikan masin. Ada juga yang buat sup. Rasanya sedikit pahit bagi yang tidak biasa makan.

Penulis sendiri belum pernah mencuba rasa umbut ini, cuma memang biasa melihat ia banyak dijual di Pasar Tamu di Sarawak. Jika anda ada cerita menarik mengenai umbut rotan, boleh kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :27180

3 thoughts on “Umbut Rotan

  1. Saya mohon berkongsi sedikit maklumat umbut rotan dalam gambar ni. Di tempat saya ianya dipanggil umbut lalis. Pokok lalis ialah sejenis rotan yang hidup di kawasan berbukit di pendalaman sarawak. Umbut ini biasanya dijual dalam satu ikatan iaitu RM3- RM5 satu ikat terdiri dari 2-3 batang umbut. Ianya boleh dimakan mentah, dibuat sayur atau dibakar untuk dibuat kerabu. Rasanya tersangatlah pahit. Dikatakan umbut lalis ini dapat menurunkan darah tinggi. Bagi yang pertama kali makan umbut lalis ini tentu akan menolaknya tetapi bagi yang telah biasa umbut ini sentiasa dicari-cari. Rasa pahit dan aromanya yang unik menjadikannya buruan peminatnya.

  2. Memang pahit rasanya tapi yang pahit tu lah ubat. Sya suka masak asam Jawa…. Campur ikan Masin. Perrrh… Sedap weii. Asyik nak tambah nasi. Cukup 1 lauk ni jer pun tak per. Makan bertambah-tambah.
    Satu lagi resepi.. Sya suka tumis kemudian campur sardin dgn lada putih. Mertua lalu pun tak sedar.

  3. Saya nak kongsi pendapat tentang ambarua ni. Memang pahit rasanya tapi yang pahit tu lah ubat. Sya suka masak asam Jawa…. Campur ikan Masin. Perrrh… Sedap weii. Asyik nak tambah nasi. Cukup 1 lauk ni jer pun tak per. Makan bertambah-tambah.
    Satu lagi resepi.. Sya suka tumis kemudian campur sardin dgn lada putih. Mertua lalu pun tak sedar. Arwah mak mertua saya pernah cakap bole kurang kan tinggi darah. Sya suka makan sebab sedap walaupun pahit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam