Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai sudur yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.
Kebiasaannya pokok janda kaya ini mempunyai 2 jenis varieti iaitu bunga yang berwarna merah dan putih. [...]
Cuti hari minggu yang lalu sempat singgah di gerai buah-buahan yang terletak di Titi Gantung, Perak. Memang selalu singgah di situ membeli jagung setiap kali pulang ke kampung. Kali ini sempat berkenalan dengan buah Timun Betik. Sebelum ini pernah berjumpa tetapi tidak pernah bertanya.
Kata makcik di atas ni, buah ni diambil di Tapah. Biasanya buah [...]
Artikel kali ini mengenai pokok-pokok bunga yang dijual semasa pameran Floria 2011 yang sempat saya update di Blog ini untuk tatapan anda yang tidak sempat ke sana. Antara bunga yang menarik perhatian saya adalah bunga matahari di atas ini. Memang cantik!! Harga pun boleh tahan. RM10/pokok.
Bunga Begonia yang pelbagai bentuk dan warna.
Bunga Catelia yang semakin [...]
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea juga dikenali dengan kacang telang dan di sebelah Kelantan ia lebih popular dengan nama bunga nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Warna bunga ini juga boleh digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Selain bunga, daun pokok ini [...]
