Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea juga dikenali dengan kacang telang dan di sebelah Kelantan ia lebih popular dengan nama bunga nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Warna bunga ini juga boleh digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Selain bunga, daun pokok ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau. Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan. Namun, daripada beberapa rujukan buah ini dikatakan mengandungi sedikit racun. Penulis sendiri tidak pasti kerana belum pernah mencubanya.
Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan menjalar dan pertumbuhannya sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Kebiasaanya bunga telang ditanam menggunakan biji benih. Biji benih boleh didapati dari buah kacang telang yang telah merekah.
Dari segi perubatan tradisional, ia mempunyai banyak kegunaan. Akar pokok ini dipercayai dapat melawaskan air kencing, bunganya boleh direndam lalu airnya digunakan bagi mencuci mata yang merah manakala daunnya boleh dihancurkan dan ditampal pada bisul. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu mengenai pokok ini, saya mengalu-alukannya.
Number of View :30400
Ada satu lagi varieti yang bunga petalnya selapis
saya ada menanam pokok kacang telang ini pd pagar rmh..
apa yg buat saya keliru adalah, di dlm beberapa artikel dlm beberapa blog, mengatakan kan kacang telang ada unsur keracunan jika d makan.
mana satu kah yg boleh d guna pakai, adakah ia nya boleh d makan atau sebalik nya?
kpd siapa yg ada maklumat terperinci mengenai kacang telang harap dpt beri penjelasan yg betul..terima kasih.