October 10, 2024
Buah muda yang baru sahaja dimakan tupai

Masalah yang biasa dialami oleh pekebun durian ialah buah durian yang digigit atau dimakan tupai menyebabkan hasil durian tidak boleh dijual.
Tupai mempunyai gigi yang tajam dan dikatakan mampu mengigit dengan pantas kulit buah durian. Sepantas mana, saya sendiri belum pasti.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Kesan selepas beberapa hari buah dimakan tupai

Sesetengah penanam durian yang saya jumpai memasang perangkap seperti perangkap tikus yang diikat atau diletakkan pada dahan laluan utama tupai. Umpan yang digunakan adalah seperti biji sawit. Selain itu, cara lain yang boleh mengawal serangan tupai adalah dengan memasang sekeping zink pada batang pokok dengan cara memakunya pada batang pokok durian. Zink yang bersifat licin ini tidak membolehkan tupai atau haiwan lain untuk memanjat batang pokok durian.



Yang menariknya, melalui akhbar berita online di Indonesia menyatakan durian yang digigit tupai ketika berada di pokok merupakan pertanda durian tersebut adalah yang paling baik dan sedap. Selain itu, durian tersebut juga diyakini dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti diabetes. Jadi, durian seperti ini sangat diburu oleh para peminat durian di sana. Oleh sebab ia jarang dijumpai, maka harganya adalah lebih mahal dari durian yang biasa.



>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :5139

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam