Sekam Padi

sekam_padi

Sekam Padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

  • Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.
  • Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya dengan vitamin B.  Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan menggalakkan pengakaran.

Melalui rujukan saya di internet, Harga semasa sekam padi seperti yang ditawarkan pada masa sekarang ialah;

  • harga sekam padi kisar – 60 sen sekilo – minimum kuantiti 10 tan
  • harga sekam bakar – 1 guni rm9.00 – minimum kuantiti 500 guni…

Walau bagaimanapun, harga bergantung kepada kos penghantaran dan sumber yang sedia ada. Kalau musim padi, sudah tentu harganya lebih murah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :13241