Kerengga atau nama saintifiknya Oceophylla smaradgina sememangnya sangat dikenali dan mudah dijumpai pada pokok buah-buahan. Apa yang membuatkan orang tidak suka akan kerengga ini adalah ia akan mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni atau sarangnya. Daripada pemerhatian, Kerengga ini akan membuat sarang daripada daun masih hijau atau masih muda dan ada yang membuat sarang daripada daun yang telah matang.
Saya juga turut tidak suka akan kerengga ini kerana hampir ke semua pokok mangga yang ditanam di sekitar rumah terdapat sarang kerengga yang menghuninya. Ia menyebabkan kesan kerosakan pada pucuk mangga yang baru tumbuh. Apabila kita mendekati pokok mangga ini untuk membuat kerja-kerja pemangkasan pokok, kerengga akan menyerang dengan menggigit secara aggresif. Memang tidak tertahan gigitannya sekiranya kerengga yang datang sangat banyak, dari kaki hingga naik ke bahagian kepala. Kesan gigitan kerengga tidaklah teruk, kebiasaannya akan terasa sedikit kegatalan pada kulit bergantung pada seseorang.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Sehingga kini, saya sendiri belum pasti bagaimana cara untuk menghalau, menghapuskan atau mengurangkan populasi kerengga ini. Ada yang mencadangkan supaya menggunakan racun semut. Ada membeli racun tersebut tetapi masih belum sempat mencubanya.
Bolehkah membakarnya dengan api ? Daripada rujukan laman web pejabat Mufti menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengazab sesuatu itu dengan api yang mana ia merupakan perbuatan yang dilakukan oleh Allah S.W.T. Justeru, tidak boleh untuk membunuh atau mengazab mana-mana haiwan dengan menggunakan api dan pembakaran.
Namun, terdapat pengecualian terhadap haiwan-haiwan yang memberikan gangguan atau memudaratkan seseorang itu dan tidak ada cara lain untuk membunuhnya melainkan dengan cara menggunakan api.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :8650