March 27, 2025

kelapa-gading1

Pokok Kelapa sememangnya tidak asing lagi di dalam masyarakat melayu khususnya yang tinggal di kampung. Pokok kelapa memang banyak kegunaannya. Disebabkan ia dikenali oleh sesiapa sahaja, menyebabkan pokok kelapa popular digunakan dalam pantun-pantun melayu. Beberapa pantun yang telah saya jumpa;

Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali,
Turutlah kata ibu dan bapa,
Bercakap besar jangan sekali

Pokok Pinang banyak buahnya
Pokok kelapa banyak daunnya
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Tinggi menjulang pokok kelapa
Buahnya lebat manis airnya
Bila kah masa dapat bersua
Akan ku turut walau di mana

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pokok kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada saudara ibu dan bapa

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :33487

1 thought on “Pokok Kelapa dan Pantun

  1. nyiur gading baru hendak berbuah,
    pokok senduduk tak berbunga lagi,
    sudah kau dapat si gading bertuah,
    tentulah tanduk tak berguna lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam