Pegaga merupakan sejenis ulam yang sememangnya sudah terkenal di negara kita. Kebiasaanya seluruh bahagian pegaga boleh dimakan iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya. Pegaga memang sudah diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi. Masyarakat Cina menamakannya Ching Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valeerai dan gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4,000 tahun lalu dan Shennong Herbal di China sejak 2,000 tahun.
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Di kenali sebagai ‘makanan menjana kecerdasan otak’, tumbuhan ini amat dipercayai mampu meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Seorang ahli farmasi Amerika Syarikat yang juga pakar pemakanan dan herba, Earl Mindel menyenaraikan pegaga dalam seratus herba yang berguna di dunia di dalam bukunya ‘The Herbs Bible’.
Pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa tingkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :15132
saya suka mengamalkan pegaga sebagai ulaman dan di buat kerabu. sepanjang dalam pantang juga saya mengamalkannya sebagai ulaman bersama dengan daun cekur. disamping ianya boleh merangsang pengeluaran susu ibu ia juga berkhasiat bagi mengecutkan rahim.
ia juga mampu mengembalikan seri wajah ibu-ibu selepas bersalin.