Pokok Bintangor


Pokok Bintangor ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Clusiaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Calophyllum austrocoriacium.

Batang kayu Pokok Bintangor digunakan sebagai perancah di Malaysia, dan Singapura.

Pokok Bintangor tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki). Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna kekuning-kuningan, dan mempunyai sedikit rekahan.
  • Daun: Keras, dan tekstur permukaan atasnya lekit-lekit.
  • Bunga: Tumbuh dalam jambak-jambak yang pendek.
  • Buah: Berbentuk bulat, dengan diameternya sebanyak 2-3 sentimeter.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Number of View :11486

4 comments

  1. betul ke pokok ni bleh mengekang virus HIV? ada bukti saintifik ke? sy pernah baca iklan TMNET mengenai pokok ini. apa lagi khasiat pokok ini dan di mana bleh kita perolehinya?

  2. Betulkah pokok ini berasal dari semenanjung. harap dapat semak. Kenapa nama bintangor kalau berasal dari semenanjung. setahu saya pokok ini hanya ada di sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam