April 18, 2025
Baru-baru ini saya mendapat lagi petua baru dari seorang pembaca. Saya rasa petua ini menarik kerana jarang mendengar orang menggunakan daun cili bagi mengubati penyakit. dauncili Dahulu saya sering terkena kayap.. orang tua kata kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. Saya gunakan daun cili dan kapur makan.. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari. Kiriman Email dari;  mawardah_25 @ yahoo.com
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :40820

21 thoughts on “Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap

  1. betul ker daun cili tu blh jd penawar.hmm my hubby kena kayap ular tu.kena thn kat wad 1weeks dah

  2. insyaallah mujarab..sayalah pengirim petua tersebut..
    memang dulu masa sekolah menengah saya selalu kena..biasa kena kat leher…bila berpeluh merah menyala…kat muka pun penah kena…
    sebelum sapu tu selawatlah 3 kali..insyaallah berkesan..

    satu lagi cara untuk hilangkan kayap ular ni…
    caranya agak pelik tapi bolehlah mencuba kalau ada…
    kena cari wanita janda yang berkawin dengan lelaki bujang. apa yg perlu wanita tersebut selawat 3kali kemudian ambil kelapa parut kunyah bersama gula merah kemudian semburkan dengan mulut ditempat yg terkena kayap tersebut dan ratakan dengan tangan. biarkan kering.

    kedua-dua petua ni saya pernah cuba sebab dulu memang saya selalu kena kayap. kalau tak jumpa wanita seperti yang saya maksudkan diatas, daun cili dan kapur juga insyaallah boleh merawat penyakit kayap.

  3. syada pun tngah cri info tntg kyap ni..husband syada kna kayap selendang,tkut jgak la ada yg kta bleh bwa maut klau kyap ni brtemu lpas keliling pinggang..spe yg thu tntg cra nk ubatkan kayap ni gtau la ek..

  4. nih pertua terbaru yang ingin sy kongsi bersama…bedak sejuk dan bunga melor di blend atau pon di tumbuk lumat selepas itu di sapukan di bahagian yang terkena kayap..insyAllah berkesan…blom test blom tau ^_^

  5. Kayap (herpes zorster) adalah disebabkan oleh zovirus. Dia adalah variant chicken pox/small pox (saya dah lupa mana satu ni). Biasanya penyakit bawaan virus ini takdak ubat melainkan own antibody. tapi bagi virus jenis ni ada ubatnya iaitu zovirex. pada tahun 80han dr beri saya ubat ni yg berharga Rm90 untuk 3 hari makan- mahal tu. Kalu ambil zovirex ni sembuh dlm 3-4 hari. kalu tak buat apapun akan sembuh jugak seminggu-hingga 2 minggu.. cuma lama sikit rasa tak selesa pada saraf.

  6. kalau sesetengah tempat pucuk daun cili dieorang makan tau masak gulai putih….tak tahu la macam mane rasanye. kalau aku dapat resepi nnt aku share k

  7. aku skang baru kena kayap ni (peringkat awal) kat badan n bakang tp bukan kayap ular la rasanya sbb member yang tgk kat blakang aku ni katanya kayap biasa…sape2 leh tolong bagi petua selain dari daun cili ni tolong la sebar2 kan… tq

  8. inai campur minyak tanah.mujarab.selepas mengelupas boleh buang kayap tersebut.lebih kurang 3 hari.sabar, yang penting baik.

  9. aslmkm..saya ada prkara nak tanya disini..
    2 hari lepas,sy ditumbuhi kayap kat tepi mulut. smlm,sy buka internet ni dan cari cara nk hilangkn. dia kata letak bwg putih, halia, garam, limau. tumbuk & sapu. malangnye, skrg ni, kayap kat muka jd lebih teruk.. :'( jd sy perlukan bantuan anda..

  10. salam, saya dah 3 kali kena kayap ni,bermacam ubat saya dah cuba ,terima kasih kpd yang telah memberikan petua untuk penyakit kayap….saya ingin berkongsi petua yang telah saya gunakan semasa saya pernah kena kayap dulu mmg sangat mujarab(insyaAllah)caranya…..ambil mata kunyit +melukut(beras)+daun akar ribu seni(biasanya pokok ni org kampung gunakan untuk buat tali banyak terdapat menjalar kat semak,lumatkan dan sapu atau tampal pada kayap,ia akan memberikan rasa selesa selepas kita sapu,insyaallah dalm masa 2-3 hari kayap akan kering….selamat mencuba.

  11. salam semua, petua sy gunakan sama dengan izman, just tambah telur ayam kampung, bedak sejuk,

    saya mule rs sakit kat area perut belah kanan, terasa sakit ms terhentak bwk motor atau kereta, kalau lompat2 tak rs sakit, pg jmp Dr, Dr cek siap urine test, tp tak jmpe pape. masa tu ruam blum naik.

    dah masuk 2 hr baru jelas ruam tu. bapa sy ajak berubat cara kampung.

    pastu pg GH. tidak lupa mintak mc skali.

  12. salam…nak tanya kpd yg brpengalaman. kayap ular ni ada effect tak kpd org yg mgandung? skrg ni tengah mgandung 7 bln lbh n tiba2 pla ada timbul kayap ni sebelah kiri belakang n dada kiri, skrg ni tengah cuba petua yg dpt dr sni la, daun cili ngan kapur, dh p doc tpi cuma ubt sapu n panadol yg bgi…sapa2 ada info share ya…thanks

  13. Yang saya tahu kalau perubatan secara kampong menggunakan kulit pokok jering.Tapi kena ada org yg tahu cara ambil kulit tu.

  14. saya dri medan, indonesia. Mau bertanya, dalam prosedur pembuatannya kenapa ada daun lada?? daun lada dengan daun cili sama saja atau bagaimana?? mohon penjelasannya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam