23 May, 2010

Kayu Beluru di Pasar Siti Khadijah

Posted by: admin In: Beluru

Number of View :1731

kayu-beluru

Beluru? Mendengar namanya sahaja, mungkin sebilangan daripada kita akan mengerut dahi kerana tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Namun, bagi mereka yang biasa berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan, mungkin ada terpandang longgokan kayu kering di sisi peniaga yang bersimpuh menanti pelanggan. Itulah kayu beluru, syampu dan perapi zaman silam, yang turut dijadikan penyegar badan.

Sebenarnya, lama juga saya tidak ke Pasar Siti Khadijah. Minggu lalu, saya sempat singgah ke  sana untuk meninjau hasil-hasil jualan di sana.  Mungkin dahulu saya tidak perasan mengenai kayu-kayu tersebut. Kali ini sempat juga saya bertanya mengenai khasiat dan kegunaannya. Katanya, beluru yang diperah dengan limau purut dapat menyuburkan rambut, membersihkan kepala dan menjadi penawar kepada mereka yang mengalami gatal kulit. Biasanya , batang kayu beluru yang segar dikerat pendek dan dijual pada harga RM1 sebatang. Biasanya ia sudah dijemur kering. Saya sempat beli sedikit untuk dicuba.

Khasiat kayu beluru sebagai ramuan ubat tradisional yang selama ini hanya diketahui oleh orang tua-tua kini semakin dikenali di kalangan wanita muda khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Mengikut rujukan, pelanggan yang datang membeli beluru bukan hanya di kalangan bidan kampung dan warga tua, tetapi kini ia mula mendapat permintaan untuk digunakan dalam aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan termasuk di spa Q.

limau

Gambar limau di atas ini pun saya ambil semasa di Pasar Siti Khatijah. Ada juga saya tanya kepada makcik yang jual limau tersebut tetapi dah lupa pula namanya. Limau yang kecil tu dah tentu limau purut.. yang besar tu memang macam limau nipis tetapi saya tidak pasti kerana di sana ada nama panggilannya tersendiri.. Saya harap anda yang berasal dari sana dapat kongsikan mengenai limau ini..

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to "Kayu Beluru di Pasar Siti Khadijah"

1 | chah

May 23rd, 2010 at 2:16 pm

Avatar

Salam…

Kat tempat sy dikenali sebagai sintok….UUM kat Sintok tu,sempena nama sintok ni la kot.Inya sejenis akar besar yang hidup memanjat pada pokok2 lain contohnya pokok getah….Dolu2 inilah syampu nenek moyang kita….sental kt kepala hingga berbuih…

Buah limau tu,kalo x silap saya limau kerat lintang kot.Dipanggil begitu kerana buahnya akan dipotong secara melintang untuk mendapatkan jus.Seakan limau nipis tapi baunya agak kuat dan membuka selera…TQ

2 | nasrul

May 24th, 2010 at 3:45 am

Avatar

salam…
memang betul org kelantan panggil limau kerat lintang sebab kalau kerat biasa mcm limau nipis, jusnya tak keluar banyak..tapi baunya memang memikat..ditambah plak diperah dalam budu….pergh!! memang sedap!!!

3 | tokbatin

May 24th, 2010 at 6:41 am

Avatar

Salam.

Biasanya orang kampung panggil akar beluru/sintok atau sesetengah tempat di panggil akar kapang (kalau tak silap saya begitulah sebutannya).

Tumbuhan ini dalam keluarga Leguminosae, jenis memanjat dan biasa dilihat di pinggir hutan dan tepi sungai. Nama saintifik tak berapa pasti tapi kalau tak silap Entada Rheedi Spring. Bunga berwarna hijau dan buahnya menyerupai petai (besar dan leper). Tumbuhan ini jenis beracun terutama di bahagian batang dan bijinya (buahnya).

Tok Bidan kampung pada kebiasaannya menggunakan akar beluru ini untuk kegunaan wanita lepas bersalin, menyegarkan dan mengharumkan badan, memulih semangat dan ubat cuci di bahagian sulit wanita (minta maaf ya). Akar kayu ini biasanya direbus dan diminum sedikit atau dicampur dengan beberapa jenis herba kayu untuk mandian. Kalau tak salah pada pemahaman saya akar ini juga boleh digunakan untuk masalah sifilis, ubat terkena gigitan serangga dan ubat sembelit.

Kalau salah minta tolong perbetulkan ya. Takut nanti orang tersalah guna baru kes naya namanya. Sila beri tunjuk ajar kepada saya sebagai orang baru.

Terima kasih.

4 | zulkifli

May 24th, 2010 at 7:05 am

Avatar

disebelah utara kayu ni dipanggil “akar sintok”. kalau direndam mmg banyak buihnya. sebab tu ia adalah salah satu bahan untuk dibuat mandi mayat

5 | milah

May 25th, 2010 at 12:17 am

Avatar

masa kecik2 dulu, bila balik kg saya selalu guna beluru ni sbg syampu. tp yg seronok tu sblm dpt syampu kena ketuk2 akar beluru dulu dan rendam dlm air bersama limau purut pastu gosok hingga berbuih. mmg harum dan menyegarkan.

6 | Ida

May 26th, 2010 at 8:40 am

Avatar

best teringat dulu mak saya syampoo kan kepala dengan akar beluru tu. first kene ketuk akar tu biar keluar buih dan dicampur limau purut tu.
yang limau dlm gambar tu ialah limau kerat lintang atau juga dikenali limau kia. kalau balik ke kb, sure beli byk2 bw balik kl sbb kat kl susah nak cari. makan ngan budu..perghh..

7 | asjsheikh

July 2nd, 2010 at 11:09 am

Avatar

saya adalah pengeluar kerepek daun-daun yg berkhasiat, antaranya yg ada dlm pasaran sekarang ialah kerepek daun kaduk, sesiapa yg ada idea lg berkaitan daun yg berkhasiat tlg maklum kpd saya di talian 019-5717324 atau email asjsheikh@yahoo.com.my.
Saya juga sangat2 berhajat nak dapat info berkaitan sejenis hidupan yg dikenali sebagai” MUT-MUT”
Air mut-mut daPAT MENGUBATI BANYAK JENIS PENYAKIT. Harap maklum.

Reply - asjsheikh@yahoo.com.my.\r\nSaya juga sangat2 berhajat nak dapat info berkaitan sejenis hidupan yg dikenali sebagai\" MUT-MUT\"\r\nAir mut-mut daPAT MENGUBATI BANYAK JENIS PENYAKIT. Harap maklum.’); return false;”>Quote

8 | Segalanya Tentang Tumbuhan… » Blog Archive » Petua Tradisional

January 27th, 2011 at 5:10 pm

Avatar

[...] kemudian berhenti kerana tidak menampakkan kesannya. Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegunaan kayu beluru/akar sintok yang banyak digunakan oleh masyarakat negeri Kelantan bagi menyuburkan rambut, membersihkan kepala [...]

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011