Penanaman padi secara tabur terus merupakan kaedah pertapakan tanaman yang penting di Malaysia. Masalah utama yang dihadapi ialah ancaman padi angin. Serangan padi angin boleh menjejaskan pengeluaran dan kualiti hasil. Untuk mengawal padi angin memerlukan tindakan bersepadu mulai dengan penyediaan tanah yang rapi, benih yang tulen, varieti yang kompetitif, pilihan kaedah pertapakan tanaman, pengurusan air yang baik dan kawalan secara manual.
Padi angin adalah sejenis padi yang sangat mudah relai dan menyebabkan kehilangan hasil padi oleh kerana ia matang lebih awal diantara 10-25 hari daripada tanaman padi yang ditanam dan menyebabkan ia akan gugur ketanah sebelum sempat dituai.
Padi angin mula dikesan di Projek Barat Laut Selangor pada tahun 1988 dan sekarang telah tersebar di semua jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Bancian di kawasan jelapang padi yang utama (2001-03) menunjukkan keterukan serangan padi angin telah mencapai 20%.Keluasan infestasi serangan padi angin telah bertambah dari musim kemusim dan sehingga musim 2/03 seluas 21,028.41 ha dari keluasan sebenar 201,625.9 ha tanaman padi telah di ancam serangan padi angin diantara 1% – 20% keterukan.
Ancaman padi angin yang serius (>21%) dan jika tidak dikawal dengan sepenohnya boleh mengakibatkan pokok padi rebah sekali gus menyebabkan kerugiaan secara menyeluroh sehingga 2 – 3 tan /ha pada tanaman padi.Biji padi angin yang gugur akan menjadi kan tanah sebagai bank benih padi angin dan jika tindakan pengawalan tidak dijalankan ia akan bertambah dari musim ke musim.
Jika pengawalan padi angin dapat dilakukan dengan baik, maka patani dapat mempertingkatkan hasil padi sehingga RM2700.00/ha termasuk kos pembelanjaan pengawalan padi angin.
Sumber: Jabatan Pertanian
Number of View :13788
Salam…adakah terdapat racun untuk pengawalan padi angin di pasaran?
mardi telah menghasilkan penyelidikan terkini dimana satu varieti padi baru telah dihasilkan,Varieti ini amat sesuai untuk kawasan bermasalah dengan padi angin.setiap pek benih disertakan ,pertokol penggunaan serta racun khas dan mempunyai kesan yg amat kuat berbanding herbicide lain,bahan aktif ini dikenali sebagai imidazolinone.racun ini membunuh segala rumpai dan juga padi angin.ia juga boleh membunuh varieti yg ada sekarang iaitu mr219 &220. tetapi ia tidak akan membunuh varieti baru hasil penyilidikan mardi terkini-paddy herbicide tolerent…sama-samalah kita tunggu kemunculannya.
pengawalan padi angin menggunakan sejenis bahan perencatan dan seterusnya membunuh ada dijual dikedai saya bernama CASHMAX. dalam 15hr – 20hr semburan padi angin akan kelihatan mati. ingin mecuba hubungi saya 019-4455093, 013-4119940. tingkatkan hasil padi anda tampa padi angin…
Pada pendapat saya cara yang paling berkesan manangani masalah padi angin adalah berbalik kepada cara yang lama iaitu dengan menanam padi.
Cara ini amat berkesan untuk menangani padi angin ini kerana sistem tabur terus yang di amal kan oleh kebanyakan petani pada masa ini adalah lebih kepada mengalakan lagi pertumbuhan padi angin. Ini kerana petani terpaksa mengeringkan petak sawah sebelum proses menabur benih padi, seperti yang di ketahui benih padi benih angin akan aktif apabila petak sawah di keringkan. Buat masa ini saya tidak nampak lagi jalan yang terbaik untuk menangani masalah ini walaupun pihak MARDI telah berjaya menhasilkan satu variati benih yang disertakan sekali dengan racun untuk menhapuskan benih padi angin ini tetapi ini bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik kerana kos yang perlu di keluarkan untuk ini adalah tinggi selain dari itu kita terpaksa mengawal air dari petak yang telah di rawat dengan kaedah ini dari menyerap ke petak sebelah, ini kerana air yang dirawat ini akan membunuh padi di petak yang tidak mengunakan benih padi yang sama yang di keluarkan oleh MARDI jadi timbul satu masalah yang baru dimana padi akan mati.
Saya juga ada terdengar dari cakap cakap orang kampung dimana ada sejenis racun yang di seludup dari Thailand juga dapat di gunakan untuk menhalang pembiakan padi angin dimana racun ini di sembur kadalam petak yang di takung 12 hari sebelum menabur dan dari cakap cakap itu cara ini berkesan tetapi tidak dapat di pastikan sejauh mana .
Seperti yang kita tahu masalah padi angin ini amat lah serius kerana benih padi angin dapat bertahan selama 6 hingga 12 tahun didalam tanah jadi bersamalah kita mencari jalan untuk menangani perkara ini……….