Â
KETIKA berkesempatan melawat Rimba Ilmu di Universiti Malaya tempoh hari, saya kagum dengan kehijauannya. Udara sekitarnya nyaman, walaupun tidak jauh dari situ lebuh raya Kerinci Link sedang sibuk dibma.
Kehidupan pelbagai jenis spesies tumbuhan di situ tetap subur dan menghijau. Ini termasuk tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina.
Ia merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus.
Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa.
Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit. Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat. Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit.
Â
Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901. Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysenteiy).
“Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed. Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dan melada pahit.
Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak, dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa. “Ambil beberapa helai daun melada pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu,” katanya.
…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

Assalamualaikum,
Saya ingin membeli Melada pahit dengan jumlah yang banyak 10kg keatas. Harga RM 2.00kg.
Sekian, Wassalam.
Adam M. Isa: 017-6644700
Feeza: 017-6113576
email: ami21century99@yahoo.com
saya baru dapat e-mail dari sahabat di forum Melur mengatakan pokok melada pahit ni baik untuk darah tinggi tapi telah dikapsulkan kerana perlu memenuhi sukatan yang betul…
sesiapa boleh komen?
Hi my name is Melada, I’m of mexican decent and I live in texas. Im curious to know what language this is and what my name means? If you can help me I would appreciate it
Orang nama Melada pun ade juga.. he2..
buah ni memang pahit….dah nama pun ubat….tapi ada sorang pakcik kat kg saya agak kreatif orangnya…Dia jemur buah melada pahit ni banyak-banyak sampai kering dan blend guna blender kering sampai jadi serbuk….and than, dia beli sarung kapsul (yang kosong) kat farmasi dan isi serbuk ni…senang nak makan…buat ubat buasir dan bisul katanya….
Saya ada stok buah melada pahit yang kering sebanyak lima kg untuk dijual dgn harga RM1000.00/kg (nego)..sila email: alif_82@yahoo.co.uk tel: 012-3580202 location: Puchong
My dear Malada
Malada is the name of herbal found in Malaysia which can cure cancer. The language they speak is Bahasa Melayu.
Cheers
Setengah-setengah tempat ada juga disebut pokok hempedu ular. Rasanya memang pahit.Biji yang telah dijemur kering kalau dilihat seakan-akan lada hitam bezanya satu pedas satu lagi pahit. Selain kaedah guna kapsul anda juga boleh benam kan biji melada ini kedalam pisang atau makan lain yang sesuai sewaktu dengannya. Ramai pengidap darah tinggi dan kencing manis mengamalkannya.
salam,
macam macam guna nya herba meladapahit ni..darah tinngi, diabetes, gaout,redsung dll.. boleh tgk my blog http://razakmeladapahit.blogspot.com
salam. Buah melada pahit yg matang bleh diproses menjadi powder dan masukkan dalam kapsul sebagai ubat untuk kencing manis dan darah tinngi.Daun nya digunakan untuk menghilangkan bengkak yg disebabakn oleh terselliuh atau angin.Cara nya daun ditumbuk bersama garam dan balutkan pd tempat yg bengkak semalaman, insyaAllah bengkak dan sakit akan hilang selepas 3 hari amalan.
tunjuk gambar le saya nak kenal pokok ni
INI LAH UBAT BAGI PESAKIT RESDUNG. PERCAYALAH
.. dalam dusun durian saya ada dua pokok tumbuh lior .. nak biakkan banyak2 ..
>> tolong hebohkan jer .. tarrrakkk komisen tau:
http://razakmeladapahit.blogspot.com/
Mmg pokok ni banyak khasiatnya…..dari daun hingga akar ,pokok ni mudah tumbuk di kawasan yang berpasir,di tempat kawan disebut “Nada Pahit”
Saya ada buah buah MELADA PAHIT yg sudah kering. Sesiapa yang berminat boleh hubungi di email saya. Termasuk yang sudah di proses dan di masukan dalam kapsul untuk senang di makan.
Harga boleh di runding.
Dalam kapsul : 30biji – RM10.00
Amat berkesan untuk Kencing Manis dan Darah Tinggi serta yang berkaitan dgn kajian yang telah di jalankan.
Kalau mau benih nya pun ada. Saya ada asingkan BUAH YANG CUKUP MASAK untuk di semai sendiri.
Salam..sya ingin mendapatkan info mengenai alamat pengedar/pembekal biji lada pahit di Penang. Tqs.
Khas untuk yang meminati, saya pernah jumpa kat fb ni
fb: Lada Pahit
Saya ada beli Pohon kat shoppee. Alhamdulillah, Dah tumbuh 2 kaki tinggi dah.
Tunggu la dua tahun, dia berbuah nanti, Boleh keringkan. Makan 3-5 biji setiap hari.
Kat shoppee saya beli RM13/pohon. Yang Nak jual RM1,000/kg tu.. berpada2 jual dengan harga cekik darah ye.