POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalha sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba. Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat.
Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar.
Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.
Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya.
“Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata,” katanya.
Bagi rawatan perempuan selepas bersalin, ambil beberapa helai daun pokok lakum yang telah dikeringkan dan rebus daun itu sehingga mendidih.
Bila sudah suam, minulah air rebusan itu perlahan-lahan dan amalkan pada waktu pagi setiap hari.
“Tapi daun lakum hendaklah dikeringkan dalam rumah dan bukannya di bawah cahaya matahari,” kata Baharuddin.
Untuk penyakit kudis atau bisul yang tidak bermata pula, cara rawatanya adalah dengan mengambil seulas ubi pokok lakum yang telah dikeringkan dan asah ubi itu.
Kemudian celup dalam air dan sapu di tempat yang terkena bisul atau kudis tersebut sehingga sembuh, katanya.
…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
Number of View :8055
2 thoughts on “Daun Lakum merawat ibu selepas bersalin”
byk kt semak di tepi sungai. daunny mcm daun ros. buahnya sebesar/mcm buah ‘mata ayam’. kaki pancing guna utk umpan ikan baung.
*
jika nk tnm kt rmh (hati2 tgk kiri knn, kut ada ular) amik pkk 1x dgn tnh mgunakn cangkul, potong +- 1kaki dr pangkal. jika ada rzki, hdupla. siram 2x 1hr. mula2 ltk tpt teduh. akar br dh ada ikut sukalh nk ltk maner. iany mmnjat.
*
stakat ni xjumper lg kt maner2 nsry. generasi lama pn ada yg xkenal pkk ni, apatah lg generasi baru mcm sexy. he2!
kalau tak silap buahnya seakan-akan buah anggur.paling sesuai buat umpan ikan baung.