July 16, 2024

Pemilihan medium penanaman yang sesuai adalah kunci untuk memastikan tanaman hiasan tumbuh dengan subur dan sehat. Medium penanaman yang tepat memudahkan pertumbuhan akar, membekalkan nutrien yang cukup, dan mengekalkan kelembapan bagi kegunaan tanaman hiasan tersebut. Terdapat beberapa jenis medium penanaman berasaskan tanah yang sering digunakan, seperti tanah peroi, tanah gambut, dan pasir sungai.

Tanah Peroi@Tanah atas (topsoil)

Tanah peroi adalah sejenis tanah yang terletak di bahagian paling atas dalam susunan atau lapisan tanah. Tanah ini memiliki sifat yang peroi dan mudah pecah bila diramas. Ia juga kaya dengan kandungan humus, hasil dari reputan daun, ranting, haiwan, dan serangga. Kandungan organik ini memberikan keperluan nutrien yang cukup serta memudahkan aliran air. Namun, tanah peroi sendirian mungkin tidak cukup untuk mengekalkan kelembapan yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman hiasan. Oleh itu, ia harus dicampurkan dengan jenis tanah lain dalam nisbah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tanah Gambut@Bahan Kompos

Tanah gambut adalah sejenis tanah yang dikenali dengan kemampuannya untuk menahan air dan kaya dengan nutrien. Ia biasanya digunakan untuk memperkayakan tanah jenis berpasir. Tanah gambut juga membantu mempertahankan kelembapan yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman hiasan. Jika anda sukar mendapatkan tanah gambut, boleh menggantikannya dengan apa-apa bahan kompos.

Pasir Sungai@Cocopeat

Pasir sungai adalah medium penanaman yang berongga dan memiliki banyak ruang untuk air mengalir. Oleh itu, ia tidak dapat menyimpan air dengan baik. Walaubagaimanapun, pasir sungai adalah medium yang sangat baik untuk pertumbuhan akar tanaman hiasan. Jika anda sukar mendapatkan pasir, boleh menggantikannya dengan cocopeat.

Campuran Medium Penanaman yang Optimum

Bagi mereka yang gemar menanam tanaman hiasan secara pasuan, campuran tanah yang terbaik adalah dengan menggunakan nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 (tanah peroi: tanah gambut dan pasir sungai). Campuran ini akan memastikan tanaman hiasan mendapatkan nutrien yang cukup, kelembapan yang diperlukan, dan pertumbuhan akar yang optimal. Selain itu, tambahkan satu bahagian baja organik ke dalam campuran tanah yang telah dibuat untuk membekalkan sumber nutrien permulaan untuk tanaman hiasan.

Kesimpulan

Pemilihan medium penanaman yang sesuai adalah kunci untuk memastikan pertumbuhan yang subur dan sehat bagi tanaman hiasan. Dengan menggunakan campuran tanah yang sesuai dan menambahkan baja organik, kita dapat membekalkan keperluan nutrien dan kelembapan yang diperlukan oleh tanaman hiasan kita. Dengan perawatan dan pemeliharaan yang tepat, tanaman hiasan kita akan tumbuh dengan subur dan indah.

Number of View :1099

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam