March 29, 2024

mangga-sala2

Mangga Sala sememangnya tidak asing lagi di kalangan penduduk sebelah utara khususnya Perlis dan Kedah. Memang jarang sekali berjumpa buah ini dijual di Pasar Tani di Putrajaya. Semalam, Penulis sempat mendapatkan buah mangga Sala ini dengan harga RM10 utk 4kg buah atau 1kg RM2.50. Purata 2biji buah bagi setiap kg berat buah. Namun, menurut sumber saiz buah mangga ini boleh mencecah sehingga 1kg bagi sebiji buah.

mangga-sala

Kulit buah mangga Sala berwarna kehijauan walaupun isinya yang kuning sudah masak. Rasa isinya tidaklah boleh dibandingkan dengan buah mangga yang lain seperti mangga chokanan atau mangga water lily (nam dok mai). Rasanya kurang manis dan ada sedikit masam. Namun, bagi Penulis mangga ini memang sedap juga dimakan segar juga selain dicecah dengan kuah rojak.

mangga-sala3

Ada juga yang suka buat pulut mangga menggunakan mangga ini. Jika anda mempunyai sesuatu untuk diceritakan mengenai mangga ini, bolehlah kongsikannya disini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :20362

1 thought on “Mangga Sala

  1. buah mangga sala memang banyak kat tempat tinggal saya,kedah.memang sedap dimakan semasa muda atau sudah masak.enak dibuat kerabu,rojak dan dicecah dengan
    colek.tapi buah ini sangat mudah diserang ulat.,jika tiada penjagaan terhadap pokoknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam