Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus. Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.
Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minuman.
Pada tahu lepas, Universiti Islam Sains Malaysia (Usim) muncul dengan inovasi baru menerusi penghasilan produk minuman kesihatan berasaskan ubi keledek dan bunga roselle. Menggunakan ubi keledek ungu yang mempunyai kandungan anthocyanin tinggi, khasiat minuman itu ditingkatkan dengan campuran roselle yang kaya khasiat herba, enzim, bahan antioksidan dan pelbagai vitamin iaitu C, D, B1, B2 serta B2 Kompleks di samping zat mineral. Dikatakan hasil gabungan tanaman itu berjaya menghasilkan minuman kesihatan berkhasiat dengan kandungan anthocyanin tinggi berbanding buah-buahan lain.
Kandungan anthocyanin dalam minuman ini jauh lebih tinggi iaitu 122.42mg bagi setiap 100 ml, berbanding sekitar 38 hingga 92 mg dalam buah-buahan seperti strawberi, rasberi, cranberi dan blackcurrant. Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

hmmm sedapnya keledek atau sweet potato.jom tengok potato tree saya yg bukan dari jenis keledek tp apa? surprise!
ubi keledek mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk mengeluarkan hasil. Jalarnya yang panjang perlu dipotong supaya ubinya cepat membesar. Landak dan tikus bulan suka menyondol ubi ini kerana rasanya yang manis. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur yang kaya dengan nutrient. Diam-diam ubi tapi berisi adalah bidalan yang sangat tepat bagi mengambarkan peribadi seseorang yang tidak suka menyombong diri tetapi mempunyai kelebihan dari orang lain.