March 19, 2024

Hari ini saya hendak kongsikan salah sebuah Buku yang terdapat dalam koleksi simpanan saya. Buku bertajuk “Herba Emas Negara” yang diterbitkan oleh Frim pada tahun 2016 ini adalah satu usaha bagi memartabatkan khazanah warisan amalan perubatan Melayu. Buku ini dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan amalan pengubatan beserta dapatan saintifik yang berkaitan dengan 18 spesies herba yang kini merupakan fokus penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Antaranya ialah Mengkudu, Dukung anak, Halia, Senduduk, Pegaga, Tongkat ali, Hempedu bumi, Kacip fatimah, Misai kucing, Gelenggang, Lempoyang, Belalai gajah, Kaduk, Mas cotek, Sambung nyawa, Peria dan Ramunggai.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan



Menurut Penulis Buku ini, kesemua herba ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai rawatan oleh pengamal perubatan Melayu. Kaedah penyediaan setiap satunya diperihalkan bagi mendokumenkan penggunaannya dalam amalan perubatan/perawatan tradisi masyarakat Melayu. Penggunaan spesies yang sama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu turut disenaraikan bagi maksud perbandingan.
Penelitian data dari penyelidikan saintifik terhadap 18 spesies terpilih ini didapati menyokong sebahagian potensi terapeutik sekaligus menjelaskan rasional penggunaannya dalam sesetengah pengubatan tradisi. Namun kajian pengesahan lanjutan dan kajian klinikal yang lebih terperinci amat
perlu sebelum mana-mana spesis dapat diperakukan penggunaannya untuk apa jua perawatan yang spesifik.

Semoga maklumat yang dikongsi menerusi buku Herba Emas Negara ini boleh dimanfaatkan ke arah memartabatkan pengetahuan tradisi Melayu, menyantuni penggiat industri herba tempatan seterusnya memperkasa industri herba negara.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :5854

1 thought on “Herba Emas Negara

  1. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, saya merupakan peminat, dan pengusaha tapak semaian benih untuk tanaman herba dan pokok untuk perubatan. Salam perkenalan untuk semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam