October 5, 2024

Aktiviti jual beli tumbuhan hiasan secara dalam talian semakin berkembang di Malaysia susulan peningkatan penggunaan internet dan laman sosial dalam kalangan rakyat tempatan. Walaupun begitu, ia masih kurang mendapat sambutan berbanding barangan lain seperti pakaian dan makanan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna untuk membeli tumbuhan hiasan secara atas talian.

Menurut Man et al. (2023), terdapat lima faktor utama yang mempengaruhi pilihan pengguna iaitu harga, kualiti, penjimatan masa, kemudahan, dan perkhidmatan penghantaran. Harga merupakan faktor penting dimana 90.4% responden akan mengambil kira harga sebelum membuat sebarang keputusan pembelian tumbuhan hiasan dalam talian. Kualiti produk juga amat dititikberatkan di mana 89.1% responden mahu menilai kualiti terlebih dahulu dengan membaca ulasan dan gambar yang disediakan penjual dalam talian.

Selain itu, 90.3% responden bersetuju bahawa pembelian atas talian dapat menjimatkan masa dan memudahkan pembandingan harga kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu mengunjungi kedai secara fizikal. Manakala 88.4% pula menyatakan kemudahan seperti mendapatkan maklumat dengan pantas, membandingkan harga, dan membuat pembayaran dalam talian sebagai faktor yang mendorong mereka untuk membeli tumbuhan hiasan secara atas talian.

Faktor paling utama dalam mempengaruhi pilihan pengguna untuk pembelian tumbuhan hiasan dalam talian ialah perkhidmatan penghantaran dengan 100% responden mengutamakan faktor ini. Mereka sanggup membeli atas talian jika penjual menyediakan maklumat terperinci mengenai kualiti dan kaedah pembungkusan yang akan digunakan. Ini membuktikan pengguna amat menitikberatkan kualiti perkhidmatan penghantaran.

Kesimpulannya, harga, kualiti, penjimatan masa, kemudahan, dan perkhidmatan penghantaran merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pilihan pengguna terhadap pembelian tumbuhan hiasan secara dalam talian. Walaubagaimanapun, penjual perlu melangkaui faktor-faktor ini dan menggunakan strategi pemasaran yang lebih pelbagai untuk menarik minat pengguna ke pasaran tumbuhan hiasan atas talian yang semakin berkembang.

(Man et al., 2023)

Rujukan:

Man N, Mohd Tanos MM, dan Kemat N. Consumers’ preference in online purchasing of ornamental plants in the Klang Valley, Malaysia. Malays J Agric Econ 2023; 30(1): a0000436. https://doi.org/10.36877/mjae.a0000436

Number of View :584

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam