Menurut Anon (2010), pisang memerlukan jumlah nutrien yang tinggi, namun tanah biasanya tidak dapat menyediakan keperluan nutrien yang cukup keseluruhannya. Berdasarkan keperluan tanaman, kadar pembajaan yang dicadangkan ialah 20 kg Baja Ternakkan, 200 gm Nitrogen (N), 60-70 gm Phosphorus (P) dan 300 gm Kalium (K) bagi setiap pokok. Kadar ini bergantung kepada keadaan tanah, tetapi secara amnya menunjukkan keperluan nutrien yang tinggi bagi tanaman pisang.
Tumbuhan pisang akan menyerap secara kasar 7-8 kg N, 0.7-1.5 kg P dan 17-20 kg K bagi setiap tan hasil yang dihasilkan (Anon, 2010). Keperluan ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan nutrien yang cekap bagi memastikan pertumbuhan dan hasil yang optimum. Keperluan nutrien ini juga berbeza mengikut peringkat fenologi pokok pisang, sama ada peringkat awal, peringkat pertumbuhan maksimum, atau ketika pembungaan dan penghasilan buah.
Pada tahun 1950an, keperluan nutrien ditentukan melalui lakaran lengkung pertumbuhan tanaman dan kitar hidup mikoriza (Anon, 2010). Dapatan menunjukkan keperluan nutrien yang tinggi pada peringkat awal pertumbuhan, sebelum menurun secara beransur-ansur apabila pokok dewasa. Pertumbuhan akar-akar tunjang juga merencatkan pertumbuhan pucuk. Lalu, dibuat kajian pemangkasan akar untuk memperbaiki pertumbuhan dan hasil dengan kadar pembajaan yang optimum. Dapat dirumuskan kitar nutrien pada peringkat awal yang maksima, diikuti penurunan secara beransur ketika pokok senescen.
Bagi pengurusan nutrien secara terbaik, disarankan agar petani menggunakan kaedah pembajaan cecair melalui sistem pengairan titisan (fertigasi) (Anon, 2010). Baja cecair boleh diserap dengan lebih cekap melalui akar berbanding baja pepejal yang kerap tertakluk pada pelbagai kehilangan nutrien sebelum diserap tanaman. Kadar kecil baja cecair juga lebih selamat digunakan berbanding baja pepejal yang berkepekatan tinggi. Baja organik juga boleh dileburkan dalam bentuk cecair agar mudah diaplikasi pada kadar optimum melalui sistem fertigasi. Peningkatan hasil sehingga 25-30% telah dilaporkan melalui kaedah ini.
Pemantauan terhadap status nutrien juga perlu dilakukan secara berkala agar masalah kekurangan dan ketoksikan nutrien dapat dielak atau diatasi (Anon, 2010). Berdasarkan kajian, tanda-tanda yang khas boleh diperhatikan melalui perubahan warna dan tekstur daun apabila berlaku masalah kekurangan atau ketoksikan nutrien tertentu. Pemantauan membolehkan tindakan susulan diambil dengan segera.
Kesimpulannya, pendekatan yang terancang dan menyeluruh perlu diambil dalam pengurusan nutrien pisang, dengan mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi penyerapan nutrien. Sistem pengairan titisan yang cekap, bersama kaedah fertigasi merupakan cara yang disarankan untuk memastikan nutrien diagihkan secara optimum ke seluruh perkarangan tanaman. Pemantauan melalui pemeriksaan kesihatan daun pula perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan pengurusan nutrien tanaman pisang mengikut jadual.
Rujukan: Anon. (2010). Production Technology for Banana under Drip Irrigation. India: Jain Irrigation Systems Limited.
Number of View :247