June 17, 2024

Menurut Anon (2010), anak benih pisang diperolehi secara tradisional daripada tunas sampingan (sucker) yang berumur 9-12 bulan. Walaupun kaedah ini mudah, terdapat kelemahan utama iaitu penyakit dan perosak mudah terbawa melalui bahan tanaman ini. Selain itu saiz dan umur anak benih adalah tidak seragam, menyukarkan pengurusan ladang dan memanjangkan tempoh menuai hasil keseluruhan (Anon, 2010).

Sebagai pendekatan alternatif, benih tisu kultur pisang telah diperkenalkan. Pokok pisang dihasilkan secara kultur tisu dalam makmal, dengan mengambil tunas apikal dari pokok induk bebas penyakit. Teknik kultur jaringan kemudiannya digunakan untuk memperbanyak tunas, sebelum diaklimatisasikan melalui proses pengerasan. Kelebihan utama adalah pokok bebas daripada patogen dan seragam dari segi genetik.

Menurut Anon (2010), kelebihan pokok pisang tisu kultur adalah sihat serta bebas daripada kerosakan penyakit dan perosak. Keseragaman dalam umur dan saiz memudahkan pengurusan ladang serta menuai bermusim dan serentak. Hasil ditambahbaik kerana berasal daripada induk berproduktiviti tinggi dan bebas virus. Kajian membuktikan peningkatan hasil sehingga 30% berbanding kaedah konvensional (Anon, 2010).

Walaupun harga benih tisu kultur lebih mahal berbanding anak benih sulur, namun pulangan pelaburan dalam jangka masa panjang adalah tinggi disebabkan peningkatan hasil dan pengurangan kos pengurusan. Menurut Anon (2010), untuk setiap rupee yang dilabur dalam benih tisu kultur, pulangan bersih adalah sebanyak 2.9 rupee. Ini membuktikan keberkesanan penggunaan benih bermutu tinggi.

Selain daripada kesihatan dan produktiviti, isu ketulenan varieti juga dapat diatasi melalui penggunaan benih tisu kultur. Pemilihan varieti komersial seperti Grand Nain memastikan pasaran yang lebih luas untuk hasil pisang. Penanam juga dinasihati untuk memilih benih tisu kultur pisang yang tulen dan sihat sahaja untuk ditanam bagi mendapat hasil terbaik (Anon, 2010).

Kesimpulannya, penggunaan benih tisu kultur pisang yang bermutu tinggi sangat digalakkan memandangkan pelbagai kelebihan agronomik dan ekonomi yang ditawarkan. Ia merupakan teras kepada transformasi ke arah pengeluaran pisang menggunakan amalan pertanian berteknologi tinggi dan mampan yang lebih menguntungkan petani.

Rujukan: Anon. 2010. Production Technology for Banana under Drip Irrigation. India: Jain Irrigation Systems Limited.

Number of View :199

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam