April 29, 2025

Emas Cotek merupakan warisan perubatan Melayu sejak dahulu. Emas Cotek atau nama botaninya adalah Ficus Deltoidea amat dikenali di Malaysia. Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.

Pokok Emas Cotek banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tumbuhan ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Daun Emas Cotek memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Daunnya mengandungi bahan yang bertindak sebagai anti oksidant dan anti inflamatori yang tinggi seperti pengawal aliran darah yang sihat ,anti radang, anti virus, melindungi hati dan estrogenik. Di samping itu, air rebusan daun, buah, batang dan akar mengandungi coral Tannins yang bertindak sebagai pemegang tisu yang lemah

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10718

5 thoughts on “Daun Emas Cotek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam