September 24, 2023

kerekup

Saya ada menerima email dari kak Norish yang telah mengirimkan gambar buah kerekup. Tujuannya adalah untuk memberzakan antara buah rukam dan buah kerekup. Bukan apa, ada yang menyatakan buah rukam dan buah kerekup adalah buah sama. Daripada rujukan saya pun, memang buah rukam dan kerekup adalah spesis yang berbeza. Buah Kerekup nama saintifiknya Flacourtia jangomas manakala buah Rukam adalah Flacourtia rukam. Walau bagaimanapun, sekali pandang kedua-dua buah ini memang mengelirukan.

Daripada rujukan dipercayai air rebusan buah boleh diminum bagi merawat masalah hempedu atau hati, sakit kepala, mual dan makanan tidak hadam. Walau bagaimanapun, wanita yang mengandung tidak sesuai mengambil ubat herba buah kerekup atau terlalu banyak makan buah ini.

Walau apapun saya ucapkan terima kasih kepada pengirim gambar ini. Jika anda gambar yang bagus untuk dikongsi bersama. Bolehlah kirimkan kepada saya. Terutama tumbuhan yang jarang dijumpai atau dilihat. Tidak kiralah buah-buah nadir ataupun sayur-sayuran tradisional.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50227

51 thoughts on “Buah Kerekup

  1. Buah kerekup adalah buah nadir yg jarang dijumpai oleh kita masakini. Pokoknya berduri yg amat tajam seolah-olah jarang yg berlonggok setompok demi setompok. Masa kecil sy biasa memanjat pokok jiran. Ada di kalangan rakan yg cedera dek durinya yg tajam itu. Gambar di atas bukanlah buah kerekup, barangkali itulah rokam. Sy tak pernah lihat pokok ini.

    Buahnya masak kemerah.merahan & biasanya kecil sedikit dari guli@ sekitar 3/4 saiz guli biasa. Rasanya sedap & manis…sukar digambarkan. Lazat juga rasanya. Biasanya kita kunyah begitu sahaja dgn bijinya yang kecil & banyak.

  2. betul2….gambar kat atas tu..buah kerekup….kat umah saya ada pokok kerekup….biasanya buah kerekup…kalau nak makan..kena gentel bg lembik isi dalamnya…kalau tak..rasanya agak kelat…..buahnya takkan gugur….kalau tak diambil..ia akan kering atas pokok mcm tu je…

  3. Untuk pengetahuan en fazlisyam saya adalah pegawai di spk hulu paka. kalau ada apa2 kemuskilan saya sedia bantu. Memang buah kerkup dan rukam nampak sama tapi koleksi di hulu paka adalah berlainan. Rukam berduri tetapi masalah nya pokok kat spk hp hanya kerkup yang berbuah. kalau ada apa2 perkembangan, saya akan email en fazlisyam.

  4. eh,yg dlm gamba tu pokok buah rokam la,kerukup berduri. buahnya bila masak wane merah hati dan rasanya masam2 kelat,buat jeruk sedap.kitorang dulu masa kecik2 suka makan bauh ni cicah ngan garam kasar,tapi jgn terlebih makan….sakit perut….

  5. kali akhir saya tenguk pokok kerekup (oghe kelate panggil kekup) semasa saya kechik(masa tu masih ejaan lama), ketika main lastik burung bersama kawan. Dalam ingatan saya pokok kerekup ni semacam suku-sakat cherry yang batangnya berduri. saya tak mau komen banyak kerana memori yang ada sudah terlalu lama. Namun ingin saya intoduce satu lagi pokok buah yang jarang kita temui iaitu Sisik Puyu. last saya tenguk pokok ni ialah di kawasan Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan…….

  6. saya pernah lihat pokok buah ini. tapi tak tahu namanya. terima kasihlah kerana memberitahu saya nama pokok ini. saya akan cuba mencari benihya untuk ditanam di kebun saya.

  7. Rumah saya ada pokok ni, tapi tak berbuah lagi, saya semai dengan benihnya, dah kerap kali berbunga, tapi gugur.
    Buah kekup memang sedap, tapi kena gentel dulu sampai lembik, baru rasa manis, kalau makan tak digentel memang kelat, nak telan pun tak boleh, tidak tau pulak boleh dijadikan ubat, terima kasih atas info semua bagi pokok ini. Kalau boleh saya pun nak kenal juga pokok sisik puyu, ada saya dengar pucuk sisik puyu boleh dibuat ulam dan daunnya diberi makan kambing.

  8. betul la tu buah kerekup….masa muda buah tu warna hijau & rasanya kelat.kemudian bertukar hijau kemerahan & menjadi merah hati (maroon) bila dah ranum..Rasa buahnya yang masak manis2 kelat.. Pokok ni memang berduri…Durinya banyak terdapat pada batang pokok terutama pokok yang masih muda..Durinya semakin kurang pada dahan & hanya jarang2 pada rantingnya

  9. memang buah kerekup la ……tapi buah ini ada 2 jenis….satu buahnya besar sikit…..yang lg satu buahnya kecil sedikit…..tapi rasanya sama saja kelat manis2 gitu…..dulu memang banyak kat kg …..

  10. kat kg saya masih ramai tanam pokok ni…kalau sekilo dia org jual dalam 5.00 je….
    kalau nak tunggu musim buahnya nanti ye…
    boleh saya poskan kat korang

  11. Salam ,
    Saya setuju dengan dengan lek ceria, Bezanya saiz ada jenis besar dan kecil. mungkin juga nama panggilan daerah masing-masing.

  12. Masa saya kecil dulu saya pernah makan buah ini, rasanya sedap,masam-masam manis.Dulu pokok ini ada dirumah saya,tapi sekarang dah tiada.

  13. Buah kerekup (orang kelantan panggil buah kekup) rasanya kelat tapi sedap juga. Agak anih kerana bila nak makan kena gentel sehingga ia lembik.

  14. memang jarang ada pokok kerkup sekarang ni. kat umah aku ada satu pohon. cuma kerkup jenis lain sikit. yang buah dia berjuntai macam buah rambai. tapi warna dia merah hijau masa muda, merah bila dipertengahannya dan merum (merah gelap) bila dah masak. nama dia kerkup terengganu kot. sorylah kalu silap. sebab aku ambik baka dr thailand.

  15. Salam fadly Disebelah rumah kawan saya ada sepohon pokok kerekut daun,buah, memang sama didalam gambar yang tersiar itu saya sendiri pernah memakan nya sesekali namun pada pendapat saya dengan rasa isi buah nya yang kelat itu memang sesuai untok ubati sakit perut yang kerap membuang air besar,kalau nak guna nya,betul kata suadara yang tadi tu jangan di gentel berarti makan terus mudahan ia nya dapat lah menggurankan pesakit kerap mebuang air besar sekian .terima kasih.

  16. saye tak paham dan tak pernah tenggok buah kerukup tu, tapi kalau sihat, selain beramal sholeh dan berzakat kite juga harus jaga makan dengan mengatur antara makanan yang menggandung asam seperti daging, nasi dll dangan yang mengandung basa seperti buah-buahan. makan buah harus 1/2 jam sebelum makan nasi. trim’s

  17. Dikampung saya buah nih dipanggil buah kerekup atau kerekut.Biasanya masa zaman budak2 dulu pada musim buah, kami bawa garam terus atas pokok(spesis poko berkayu keras dan banyak cabang /dahan)pas tu pilih yang merah2 ja sebab x kelat sangat.

  18. perbezaan nama bergantung kepada tempat. sy kenal pokok n pernah mkn buah ni kat rumah sedara kwn sy (dulula). ada 1 pkk sy panggil ‘ceri’, warna merah hati, biji dlm halus2 n dmkn bg2 shj n byk tumbuh di tepi2 jln dll. pun bila sy prg 1, 1 tpt, pkk ceri tsbt digelar buah kerkup. sy tetap mnyatakn bhw yg dlm gmbr 2 adlh buah kerkup (& sedara kwn sy 2 adlh org kelate.. macaaaam (sapa ntah! he2!). Salam.

  19. kan sy dh ckp. sy br je tnjuk gmr kat atas 2 pd kwn sy (& kwan sy adlh org trg. macaaaaaang (saper dok a’u! he2!)) dia kata 2 buah ceri. Bye.

  20. apa pun nama pokok tu, nilah pertama kali saya dengar dan tgk pokok tu,terima kasih atas info..

  21. Memang betul yg tu buah kerekup. Saya rasa dah 40tahun tak jumpa dan makan buah nya. Buah Rukam lak sangat masam & kelat, tak mcm kerekup kena gentel baru sedap. Pokok kerekup memang dah kurang/nak pupus. Kalau sape2 yg ada pokok tu jgn lah ditebang sebab budak2 sekarang ni mana tahu buah yang jarang dijumpai.

  22. sori…mksd sy mcm ade bentuk ckit…ala2 cermaila bntuk rokam…gamba nie btlla sy rasa kerukup…rsnya ble digentel sbelum mkn akn manis…klu mkn trus agak kelat2 ckt…

  23. emmmmm……betul la…buah tu kalau nak makan kena gentel2 tu…biar agak lembik…baru ada rasa manis…kalau tak sangat kelat…sesuailah kalau ada yg kena cirit birit yg tak serius sangat bolehlah makan buah kerekup ni….insyaAllah…akan berkuranglah kekerapan ketandas hehe…..

  24. aku masa kecik2lu, suka makan buah ni,tapi kami orang kelantan panggil buah ni “woh kekuk”.balik dr mengaji kami gi kutip buah ni kat tepi pagar rumah tok guru,nak makan kena gentel2 dulu(gote) bila dah lembik buah tu baru ada rasa manisnya.

  25. Kalau buah kerekup nak makan kena gentel2 .Ada sejenis buahan lagi kalau nak makan, kena ketuk2 kat tempat keras dulu untuk melembutkan isinya.baru boleh makan.Kami kat kelantan panggil buah tu “BUAH PIOHH”.Buahnya bentuk bulat sebesar buah tomato.warna nya perang.Ada sape2nak kongsikan info tentang buah ni…adakah buah “PURBA” ni, masih ada kat zaman siber ni..

  26. WUUH MACAM BUAH EPAL JE CFM KAT JOHOR TAK ADA BUAH NI …SAPA ADA BOLIH TOLONG COURIERKAN PADA SAYA ???

  27. slm. dh dkt 2 bln sexy x jgk colum ni. sexy ni omputih gakla kulitny tp sexy kenal n mcm sexy ckp sexy penah mkn buah nik. sexy suker gak epal tp x slalu sbb yg jual kt maket 2 biasany ada lilin nk suruh nmpk bkilat. sexy mkn yg fresh jer. 2pun bila sexy balik new zealand. wakaka! nsb baik gak sexy kenal pkk ni, manala tau, bila duit sexy yg bjuta 2 tinggal 20c, nk blk new zealand pn tmbg taxi x lepas. smntara nk p maket bli epal, blhla sexy mkn buah ni dulu. he2!

  28. kat kampung saya orang panggil buah kekut, tapi sekarang ni dah x ada lagi, so anak2 zaman sekarang dah x dapat le merasa kalau balik ke kampung. kalau sapa2 yang ade jumpa kat nursery2 boleh la war2 kan.

  29. buah rokam ni klu kt kg sayer pggil buah lekuk…ha3..xtaw la naper. tp wktu nak mkan buahnyer kene digentel2 dulu sampai lembut.baru dmakan.

  30. kt umah tok ana da sebatang…mak kata sedp..x taula tp..ana pernah cuba nk ambik..x dapat…

  31. buah rokam masam sgt!! buat jeruk boleh la.. tp buah rekup betul2 sedap. dulu kat rumah ada dua2 jenis pokok tu. bila pindah kami cuba semai tak hidup pun.

  32. elastigirl tu apesal leh sesat kat cni,cam blagak jer nk kutuk2 buah kerekup ni.klu nyampah skalipun,agak2 la.

  33. @mahadi – Memang ni pokok /buah kerekup. Buah rokam bertangkai lebih panjang. Rasanya tak jauh berbeza antara keduanya dan rupanya pun sama. Buah rukam lebih lebat dan pokoknya tak berduri. Di Taman Tasik Jaya Petaling Jaya (depan Muzium Petaling Jaya) ada sepokok sedang berbuah lebat.
    Dulu saya ingatkan buah kerekup & buah rukam adalah sama.
    Pokok kerekup di kampung saya dua-dua dah ditebang…
    Tentang pokok sisik puyu, tak banyak info yang boleh dikongsi tetapi daunnya memang makanan kegemaran kambing. Pokoknya tak pernah berbuah (di kampung saya).

  34. lama dah tak tengok pokok dan buah kerekup ni, dulu aje masa kecik2 selalu juga panjat pokok kerekup, tapi kena hati2 kerana pokok berduri…teringin juga nak makan dan nak pekenalkan pada anak2 tapi dah lama tak jumpa..

  35. aku waktu skolah rendah dulu slalu la cari buah kerekup ni… dulu kat area umah aku byk pokok kerekup… aku slalu cari byk2 pastu aku cucuk kat batang rumput yg jenis panjang(aku x tau rumput nama apa).. aku wat lbh kurang cam rantai… aku bawak jual kat skolah aku… time aku bru darjah 1&2… pokok kerekup ni ada dua jenis…. satu ada duri dan satu lg takda duri… yg ada duri ni jenis tumbuh sendiri… klu yg xde duri tu slalu nya pokok org tanam dan dah alami evolusi,kat kpg aku d perlis org panggil kerekup gajah sebab buah dia besar skit dari buah kerekup yg tumbuh sendiri tu….. insyaallah aku blik kpg nnt aku try survey tgk kot ada lg pokok yg ada duri tu kat kg aku…

  36. saya biasa mkn buah rekup ni…rasanya kelat2 manis…batang pokoknya berduri….tapi sayang pokoknya dah tiada….

  37. Kekup atau kerukup ni saya kenal sejak belum masuk sekolah lagi. Nama glamer sekarang biasa dipanggil ceri. Pokok ceri ni rendang dan kalau ada orang buka perniagaan (tak kira la restoran ke workshop motor ke) berhampiran pokok ni, orang suka singgah sebab teduh dan nyaman di hari yang panas.

    Di kawasan kampung di Kelantan dan Perak masih banyak ditemui pokok ni. Kawasan pinggir bandar dan taman perumahan pun ada. Orang tanam rasanya. Tapi buahnya kena berebut dengan burung..payah sikit nak dapat yang masak betul warna maroon tu. Tak payah gentel dah, masuk mulut terus je.

    Yang saya hairan bila baca komen-komen lain, ramai kata pokoknya berduri..cuma ada seorang yang kata ada juga spesis yang tak berduri. Setakat ini saya belum jumpa lagi jenis yang berduri. Dah berpuluh pohon yang saya dah tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam