April 16, 2024

cermai
Cermai atau nama sainsnya Phyllanthus acidus merupakan salah satu buah yang biasa dijadikan jeruk. Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang kecur air liur bila disebut tentang jeruk.
cermai2

Buahnya yang kekuningan menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun, jika apabila dimakan sudah tentu anda mengerutkan dahi dek kerana rasa masamnya.

cermai3

Kegunaan lain pokok atau buah ini saya sendiri tidak pasti. Mungkin daun pokok ini ada khasiatnya tersendiri. Kalau mengikut rujukan memang daun cermai ada khasiatnya tersendiri bagi mengubati batuk, menguruskan badan dan sebagainya. Mungkin ada petua anda sendiri.. Harap dapat dikongsikan bersama..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :44942

68 thoughts on “Buah Cermai

  1. Buah cermai memang masam, tapi bila buat jeruk sedap juga bila makan. meleleh air liur bila sebut je. Selalunya orang nak kurus badan ambik daun 2-3 tangkai rebus dan minum. Kata orang tua boleh memecahkan lemak berlebihan dalam badan.

  2. Buah cermai la ni ada yang tak masam rasanya tawar + kelat kalau ranum ada rasa sikit manis-manis buah macam juga buah asam jawa manis. saya ada tanam pokok cermai manis ni di rumah…

  3. Buat pincuk dengan buat cermai, itu cara orang Penang makan sebab cermai rasanya masam. Tumbuk buah cermai dengan cabai (sama ada cabai hidup atau melaka), masukkan secukup garam, belacan dan gula. Tumbuk kasar sekadar ramuan-ramuan tadi bercampur dan serata. Lagi satu kegunaan cermai ialah dalam masak lomak cili padi bagi menggantikan asam keping atau belimbing buloh. Selamat mencuba.

  4. sedapnyer.. tgk gambar pas tu baca lak komen rakan-rakan semua.. terliur dibuatnyer.. sib baik saya x mengandung kalau idak jenuh gak nak mencari…

  5. salam..
    dulu masa saya mengandung, memang teringin nak makan buah cermai ni.. memang sedap.. cicah dengan garam, kicap manis.. cili padi.. pehhhh…!!!1
    huhh… gulp..memang kecur air liur…

  6. getah dari kulit kayu pokok cermai mujarab dijadikan ubat sakit gigi..

    kulit pokok itu di ambil, dikeringkan sedikit dan direbus.
    air rebusan yg telah sejuk boleh digunakan untuk berkumur dan mujarab utk menghilangkan sakit gigi.. cubalahh.!

  7. salam..
    kat rumah sesape ada buah cermai ni nak mintak beli cket..
    saya teringin sangat nak makan buah ni..dah byk tmpat cari tp xjumpa2 lg…
    aduh..kecur air liur saya tgk buah ni…

  8. Masa kecik2 dulu selalu tengok kakak saya buat bedak sejuk. Caranya ambil sedikit beras & rendamkan semalaman…basuh & toskan, sedikit ibu kunyit & tambah daun cermai + air sikit…blend sampai lumat…sedia ditepek di muka utk hilangkan jeragat – guna hari2…@ boleh dibuat scrub badan…mmg berkesan dan hasilnya kulit halus & bersih tanpa kesan jeragat..dah lama tak buat skrg ni…

  9. Ingat lg ketika zaman sekolah menengah dulu, jeruk cermai lah jeruk yg paling digemari olh pelajar2 berbanding dgn jeruk buah2 yg lain.Sebab jeruk cermai mmg sedap.
    Sampailah pihak sekolah tak benarkan lg pengusaha kantin sekolah menjual jeruk (semua jenis jeruk) kerana mengatakan jeruk ialah makanan yg tidak berkhasiat bahkan semmgnya menjejaskan kesihatan.

  10. buah ni wt jeruk sedap,kalo isi kuning best,tpi nk amik ssh ,pkok tingi,nk pnjt x leh coz btg pkok ni rapuh,sye pna jtuh pkok ni,daun dye wat ubat krus bdn,btg2 dye wat racun,kot la

  11. cermai….
    cermai…
    cermai…..

    penelitian ku tentang cermai,, yg digunakan sebagai anti bakteri salah satunya berkhasiat sebagai obat sariawan…
    lumayan sulit ngumpulin artikel ttg buah masam ini,,,krn kbanyakan info nya ya sama aja….

  12. Salam..
    Saya sedang mencari pembekal buah cermai..
    Ada sesiapa di sini mempunyai kenalan yg boleh membekalkan buah cermai nih??

  13. Selain dimakan begitu saja atau buat jeruk, yang paling sedap ialah dibuat halwa. Halwa cermai manis dan terasa masam sedap. Boleh simpan sampai setahun. Daunnya boleh buat bedak untuk licinkan kulit atau hilangkan tanda demam campak. Kalau tengok buahnya macam anggur – Anggur Malaysia!

  14. Baru saya tahu nama pencuk tu. Sebelum ni memang selalu mak buat. Tumbuk cermai, cili , belacan, gula. Memang mengalir air mata makan, tapi tangan tak boleh henti menyuap.

  15. Saya sedang mencari daun cermai ni di kawasan KL. Kalau ada yang sudi memberi sikit untuk mengubat darah tinggi kawan saya yang sudah 2 hari terlantar dlm wad HKL kerana darah tinggi. (hari ini 03 Apr 2012)

    Dikampung saya, keluarga saya mmg ada pokok ni ditanam belakang rumah, di sarawak. Skrg saya berada di KL. sangat susah nak dapatkan daun cermai ni. Mmg mujarab untuk mengubat darah tinggi. Saya nak daun shj untuk direbus dan diminum.

    Kalau ada yang sudi, silalah email kepada saya, diaum.endu@googlemail.com. Sikit pun jadi lah.
    Terima kasih.
    Endu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam