October 16, 2024
Penerangan

Tumbuhan yang tumbuh liar. Ada yang ditanam sebagai pokok hiasan dan mempunyai rizom. Ketinggian mencecah 1-1.5 m dengan daun hijau yang lebar, tegak dan tirus di hujung.

Kegunaan tempatan Keracunan Bahagian Beracun: Pelepah dan bunga

Bahan Aktif: Kalsium oksalat (CaC2O4)

Bahan Lain: Sapotoksin (sejenis neurotoksin)

Kesan Keracunan Kalsium oksalat adalah sejenis perengsa mempunyai rasa yang pijar dan memberi kesan terbakar pada lidah, mulut dan tekak. Pembengkakan yang berlaku pada saluran fariks akan menyebabkan kesukaran bernafas.Kesan-kesan lain ialah kejang di bahagian perut dan delirium. Lain-lain keracunan yang dilaporkan ialah kebas, loya dan muntah setelah memakan rizomnya.

Kematian pernah dilaporkan berlaku pada kanak-kanak yang termakan akar dan daunnya dalam masa 6 jam.

Rawatan kecemasan

Bersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :9581

3 thoughts on “Birah Negeri / Keladi Sebarang

  1. bagaimanakah tips penjagaan pokok ini agar daunnya sentiasa banyak dan tidak berwarna kuning .?

  2. klu kt kg saya dulu cukup bnyk pokok keladi ni….getahnya klu kena kulit cukuupppp gatal…hidup subur d kwsn lmbp….kpd Tiara…letakkn baja daun kt pokok tu…pas tu pstikn tanh sntsa lmbp..x leh kering….insyaallah subur la pokok tu

  3. Biasanya orang panggil Keladi Birah. Memang amat gatal kalau terkena getahnya. Tu pasal orang tua akan tanya kat anak Daranya: “dah birah sangat ke?” maksudnya dah gatal sangat ke? Gunanya keladi birah ni kalau nak tau seseorang kena demam kepialu atau tidak cuba sapukan pada sendi2nya. Kalau tak gatal bererti sah dia demam kepialu. Insyallah, akan jadi penawar buat demam kepialu tu. ( Demam kepialu ni rasa badan seram sejuk dan sakit semua sendi2) sapu jangan terus banyak2, agak2 le. bila tak ada rasa apa2 sapulah seadanya. Wallahua`lam. Begitulah petua arwah mak aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam