February 11, 2025
Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan. Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura. Penanaman dan kegunaan Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena. Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14751

5 thoughts on “Pokok Duit-duit

  1. Ini bukan daun duit-duit.Ini namanyer adalah sireh jepun.Melambak kat kampung2.

  2. elo..

    Ini bukan pokok duit-duit.Kat kg aku berlambak-lambak pokok duit-duit kat batang kelapa dengan pokok mangga. betul ini sireh jepun……ayo ayo wa kaka kaka

  3. dua2 x salah sbenarnya….ada yang panggil sireh jepun,tapi ramai jg yg panggil pokok ni pokok duit2.tumbuhan berakar yg daunnya bntuk bulat2 mcm duit syiling melekat kt btg pokok tu pokok duit2 jg..& satu lg pokok hiasan yg cina suka tanam yg daunnya bulat bujur keras tu pun call duit2 gak…panggilannya sama w/p pokok lain2.ye la duit pun mcm2 org sebut….ada dollar,rupee,rupiah,peso,bath,ringgit & mcm2 tapi seme tu duit jg kan..kan..kan…!!! hehe… 🙂

  4. rasanya pokok duit2 yang berbntuk bulat sebesar syiling 10-20sen tu, warna hijau dan biasa terdapat pada batang pokok kelapa yang berlumut… tu yg saya belajar masa skolah dulu2… atau saya silap ? minta penjelasan, tq wsslm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam