Tanaman Bunga Semusim

petuniapinkwave

Asal-usul ianya dinamakan tanaman semusim ialah kerana ia mempunyai kitaran hidupnya yang singkat sahaja iaitu semusim sahaja bagi negara yang mempunyai empat musim dalam setahun seperti banyak negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan sebagainya. Ini bermakna ia hanya boleh hidup dari anak benih, membesar, berbunga (jika jenis tanaman berbunga) dan mati selama masa tiga hingga empat bulan sahaja. Namun yang unik mengenai tanaman jenis ini ialah penampilan warna bunga atau daun pokoknya memang cantik dan menarik dalam masa sesingkat itu.      Untuk mendapatkan pameran yang berpanjangan kita perlu menanamnya semula untuk melalui kitaran hidupnya seperti tersebut di atas. Dengan menggunakan tanaman jenis ini juga kita boleh mempelbagaikan pameran dari segi warna, bentuk, tekstur,corak dan mungkin juga bauannya di taman kita.
Kebanyakan tanaman ini pula sebenarnya berasal dari negara asing atau dikenali seba-gai tanaman eksotik di mana benihnya diimport dari negara luar tetapi ia boleh hidup di negara kita ini jika diberikan keperluan dan penjagaannya. Di antaranya adalah seperti berikut:
Pokok Berbunga:- Contohnya seperti pokok bunga balong ayam atau Celosia,Pelargonium, Cosmos, Petunia, Zinnia, Tagetes atau bunga tahi ayam, Torenia dan sebagainya.
Malah terdapat jenis kacukan yang mengeluarkan bunga pelbagai warnanya yang lebih unik, cantik dan menarik lagi.
Pokok Berdaun:- Terdapat beberapa jenis pokok berdaun yang boleh diklasifikasikan sebagai tanaman semusim.
Di antaranya seperti pokok ati ati atau nama saintifiknya Solenostemon atau Coleus, Alternanthera dan sebagainya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :24144

Tanaman Anggur

Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000 SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.

Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut anggur.

Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis..

Antara penyakit yang diketahui menyerang tanaman ini ialah;

i. Antraknos – menyerang buah

ii. Karat – menyerang daun

iii. Kulapok Downy – menyerang daun

iv. Bengkak Cerana – menyerang batang dan ranting.

Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh mencecah sehingga RM25/polibeg. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :19183

Tanaman Orkid

Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.

Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.

Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.

Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.

Number of View :19108

Tanaman Kailan – Brassica alboglabra

kailan

Kailan merupakan sejenis sayur daun yang bernilai sederhana tinggi dan digemari ramai. Ia dipercayai berasal dari kawasan Mediteranean, tetapi kini ditanam di kebanyakan negeri beriklim tropika dan sederhana. Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluar utama kailan ialah Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Bahagian kailan yang dimasak atau digoreng ialah batang, daun dan pucuk. Kailan boleh juga dimakan dari peringkat pokok muda sebagai baby kailan ataupun di peringkat hampir berbunga. Bagaimanapun, ia lazimnya dimakan di peringkat sebelum berbunga.Kailan adalah sejenis tanaman herba semusim yang tumbuh sehingga 40 cm tinggi di peringkat vegetatif dan boleh tumbuh sehingga semeter di peringkat berbunga. Semua bahagian vegetatif adalah glabrous dan glaucous.

kailan2

Kailan sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai suhu di antara 23°C hingga 35°C dan kelembapan yang tinggi. Bagaimanapun hujan terlalu banyak boleh menjejaskan tanaman dari segi kualiti sayur. Ini kerana kerosakan daun boleh berlaku dalam keadaan hujan lebat.
Kailan sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah. Kesesuaian topografi dan sifat-sifat tanah untuk tanaman tersebut adalah seperti di Jadual 3. pH tanah yang sesuai ialah diantara 5.0 – 6.5. Sekiranya pH tanah di bawah nilai 5.0 pengapuran perlu dilakukan untuk meningkatkan nilai pH yang sesuai dan seterusnya meningkatkan kesuburan tanah. Penggunaan bahan organik diperlukan bagi tanah pasir.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7563