Cara tanam pokok Sirih

Sesiapa yang baru nak berjinak dengan tanaman sirih, di sini saya akan kongsikan sedikit tips cara penanaman pokok sirih. Nak tanam pokok sirih ni memang amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan pucuk matang, berukuran 30-50 cm panjang serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod.

Keratan elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh perlu digantikan. Dua bulan selepas diubah, pucuknya dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi. Sebahagian dari cabang-cabangnya akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan mengikut kesuburan pokok. Jangkahayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan.

Daun adalah bahagian utama yang digunakan. Daun boleh digunakan semasa masih segar atau diproses untuk pengeluaran minyak pati (minyak sirih). Di Malaysia daun sirih banyak digunakan bagi kegunaan segar terutama bagi kaum India.

Sireh Emas

RM 19.00

Number of View :23610

Sirih Hilangkan Rasa Gatal

Kulit muka yang sensitif biasanya menjadi terlalu kering dan menyebabkan rasa gatal-gatal yang tidak menyelesakan. Satu cara untuk melegakan rasa gatal ialah dengan menggunakan sirih. Sental muka dengan daun sirih dan biar seketika. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari setiap kali mandi sehingga kulit muka anda kembali segar dan tidak rasa gatal dan kering.

Sireh Emas

RM 19.00

Number of View :7582

Sirih

Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.

Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu. Read more

Number of View :7043