Khasiat Kucai

Ada sesiapa yang menanam pokok kucai dalam pasu di rumah. Tahukah anda Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya.
Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :15585