Kacang Tanduk

kacang-tanduk

Kacang Tanduk – sekali pandang rupanya, memang amat pelik sekali kerana ia tidak merupai bentuk kacang yang biasa. Penulis mengenali kacang tanduk sudah lama dahulu, namun belum pernah sekali merasainya. Ketika ini, kacang ini sudah banyak dijumpai dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya. Jadi, artikel kali ini, penulis cuma ingin kongsikan beberapa fakta yang sempat dikumpulkan dari beberapa rujukan dan komen-komen dari rakan-rakan dalam Grup dan Blog mengenai kacang ini.

Kacang tanduk atau Water caltrop dikatakan berasal dari Cina dan Taiwan. Pokoknya seakan menyerupai pokok teratai dan ditanam di dalam air. Kacang Tanduk biasanya dijual semasa Mid Autumn Festival atau Moon Cake Fesival atau Lantern Festival. Mid Autumn Festival setiap tahun jatuh pada 15hb bulan 8 kalender Cina, bersamaan dengan 9hb September untuk tahun ini. Kacang tanduk adalah salah satu makanan yang popular selain dari kuih bulan.

Cara makan kacang tanduk adalah dengan cara merebusnya sahaja seperti cara kita rebus kacang tanah. Untuk makan, pecahkan kulit tanduk dan nampaklah isi kacangnya berwarna putih.

Jika anda mempunyai info mengenai kacang ini bolehlah kongsikannya di sini 🙂

 

Number of View :30245

Kacang Tanduk dan Pisang Cungkil

kacang-tanduk

Beberapa hari lepas saya anda menerima beberapa email yang bertanyakan mengenai kacang tanduk dan pisang cungkil. Saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar mengenai nama pokok tersebut sebelum ini. Gambar kacang tanduk ada dikirimkan pada saya seperti yang anda lihat di atas. Namun mengenai pokok pisang cungkil saya masih belum ketahui lagi perihalnya.

“En syam saya ingin mohon bantuan dari en, saya perlu kacang tanduk @ kacang hantu dgn quantity yg byk. Dimana boleh saya dptkan kacang tersebut. Mohon bantuan segera.” Nasir(0124602318)

Kiriman Email : mnasir2020@gmail.com

“Salam.. Saya ingin bertanyakan mengenai benih pisang cungkil. en ada tak no contact tau mengetahui dimana tempat menjual atau ladang pisang untuk saya membeli sulur.”

Kiriman: halimahhashim_86@yahoo.com

Ada sesiapa yang tahu dan boleh membantu, silalah memberi komen…

Number of View :17572