Bayam hijau

bayam

Bayam atau Spinach merupakan salah satu sayuran yang ditanam secara komersil dan popular di Malaysia. Biasanya terdapat 2 jenis bayam iaitu bayam merah dan hijau. Bayam terkenal di kalangan kaum wanita bagi menambah darah yang kehilangan dan amat baik untuk ibu mengandung. Ini kerana bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Banyak lagi sebenarnya khasiat bayam ini. Anda boleh baca sendiri di internet. Saya amat mengalu-alukan jika anda dapat berkongsi sesuatu mengenai bayam ini. Mungkin anda mempunyai petua yang telah lama anda amalkan. Saya juga ada satu soalan, antara bayam hijau dan bayam merah, mana satu pilihan selera anda?

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :10685