Number of View :123

Nak update lagi mengenai pameran yang berlangsung semasa pameran HPPNK 2011 yang lalu. Pameran Haiwan ternakan juga tidak ketinggalan dan juga menjadi tarikan pengunjung. Boleh tahan juga ramai orang mengunjungi pameran ternakan ini. Antara gambar-gambar menarik yang sempat saya kongsikan bersama anda.

Pelbagai jenis arnab yang dipamerkan juga untuk dijual. Arnab pun memang ada macam-macam jenis arnab. Ada jenis arnab asalnya diternak bagi mendapatkan bulunya tetapi sekarang ia menjadi arnab peliharaan. Arnab kacukan pun banyak dipamerkan di sini. Antara jenis arnab yang popular ialah standard rex dan satin rex.

FAIC merupakan sejenis alat yang berfungsi seperti inkubator konvensional untuk membantu proses pengeraman pelbagai jenis unggas seperti ayam, burung putuh dan sebagainya. Keistimewaan FAIC ini ialah ia boleh digunakan dalam menentusahkan kesuburan telur yang dieramkan.

Siapa kenal burung dibawah ni.. Telur di atas merupakan kepunyaan burung unta di bawah ini atau dikenali juga dengan nama Ostrich. Ostrich boleh hidup sehingga 70 tahun dan boleh berlari selaju 75km sejam.

Ada sesiapa yang mempunyai kucing untuk dimandulkan? Pemandulan atau kasi bermaksud menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Kelebihannya ialah kucing jantan tak sibuk nak cari kucing betina dan si betina pun tak juga sibuk memanggil-manggil si kucing jantan.

Pameran Kambing juga tidak ketinggalan bagi mempromosikan daging kambing dan menaikkan lagi industri penternakan kambing di Malaysia.

Pelbagai jenis kambing dibawa oleh agensi kerajaan untuk dipertontonkan kepada umum bagi mengenali kambing dengan lebih erat lagi. Bukan setakat makan daging kambing dan minum susu kambing sahaja.

Tahukah bapak-bapak adik-adik kambing mempunyai 4 perut? Baca di atas kalau nak tahu !!

Bagi yang mempunyai kekuatan iman yang tebal juga diadakan demonstrasi permanian beradas kambing dan macam-macam lagi. Cuba tengok perlalatan yang digunakan di bawah.

Sampai sini dulu saya dapat update mengenai Pameran Haiwan ternakan di HPPNK 2011.. Nantikan Artikel seterusnya mengenai jenis-jenis kambing yang perlu anda kenal….
Number of View :160

Memang banyak gerai jualan produk-produk dan makanan semasa di pameran HPPNK 2011 yang lalu. Antaranya ialah kambing golek. Jadi, bagi yang berminat nak tempah kambing golek untuk jamuan, silalah hubungi nombor tertera di atas. Promosi pengiklanan percuma dari saya walaupun brother yang jual kambing tu langsung tak pelawa saya untuk ujirasa kambing golek tu..

Kenapa perlu makan daging kambing? Ini kerana, daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. Walaupun, kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi tetapi hakikat sebenarnya ia banyak mempunyai manfaat dan khasiat.

Dipercayai, Vitamin C daripada daging kambing mampu memberi ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari yang boleh mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap.

Yang menariknya daging kambing juga merupakan makanan kegemaran Nabi Muhammad.
Number of View :157

Artikel kali ini saya nak update sedikit antara pameran yang menarik semasa Hari Peladang,Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK 2011) yang lalu. Antaranya ialah pameran orkid yang dianjurkan oleh AgroFest Perak. Orkid yang anda lihat di bawah ini ialah diantara orkid yang memenangi pertandingan mengikut kategori atau kelas orkid.







Sampai sini dulu saya dapat update mengenai Pameran Orkid di HPPNK 2011.. Nantikan Artikel seterusnya….
Number of View :206

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2011 yang bertempat di Padang Bandaran Parit Buntar, Kerian, Perak telahpun tamat pada 16 Januari 2012 yang lalu. Acara tersebut telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 di mana waktu itu Datuk Seri Najib telah meluluskan RM490 juta bagi projek tebatan banjir di Kerian.

Pelbagai aktiviti dan telah diadakan sepanjang 4 hari acara tersebut berlangsung. Antara yang mencuri perhatian ialah Gerai Pameran Pertandingan Hasil-hasil Pertanian di mana agensi yang terlibat adalah Jabatan Pertanian. Setiap tahun acara ini merupakan acara wajib bagi meraikan para petani yang telah berjaya menguruskan ladang dengan baik dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.

Pengunjung tidak putus-putus mengunjungi gerai pameran bagi melihat hasil yang dipamerkan. Antara hasil yang menarik perhatian ialah ubi kayu, nangka, jambu batu, labu manis dan kelapa. Beberapa gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan mata anda.

Anak-anak pun seronok melihat buah nangka yang besar punya..

Ujirasa buah nangka tekam yellow yang memang manis sekali..

Ada juga yang memeriksa buah kelapa untuk mengenalpasti tahap kekerasan kulitnya. Gurau je makcik !!

Mak !! Nak pisang Cavendish bawa balik.. Itu bukan pisang cavendish.. Itu pisang berangan la..

Memang bagus bawa anak.. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis sayur dan secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak suka makan sayur.

Makcik ini terkejut melihat terung yang panjang kerana di rumahnya terung yang ditanam tak panjang-panjang.

Sampai sini dahulu.. saya dapat update mengenai Pameran Pertandingan Hasil-hasil Pertanian.. Artikel seterusnya saya akan ceritakan lain-lain aktiviti semasa Hari Peladang,Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2011 berlangsung..
