Pokok Bangun-bangun atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus tergolong dalam famili Lamiaceae). Daun pokok ini tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu. Daun pokok bangun-bangun mengeluarkan aroma yang wangi dan berangin apabila diramas.
Batang pokok lembut berwarna hijau muda. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil. Pokok ini mudah hidup dengan menggunakan keratan batang. Pokok bangun-bangun mudah merimbun sekiranya tidak dicantas.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Terdapat banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi. Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun, amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.
Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.
Selain itu, bahagian daun juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit dan bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Sejauh mana amalan ini masih dilakukan, saya sendiri tidak pasti. Anda boleh komen di sini jika anda pernah mencubanya.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :18164
saya ada sepasu yang warnanya hijau muda